Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Petunjuk positif, kes harian baharu kekal bawah 1,500

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi 338 ribu. Di peringkat global, lebih 126 juta kes dilaporkan dengan lebih 2.7 juta kematian. Lebih 101 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

- Oleh Melati Mohd Ariff

PETUNJUK positif penularan koronaviru­s maut COVID-19 semakin terkawal apabila kes harian baharu COVID-19 kekal di bawah 1,500 lima hari berturut-turut sehingga kelmarin (Khamis), dengan yang terendah pada 22 Mac iaitu 1,116 kes.

Sebelum itu, rekod kes harian baharu koronaviru­s maut paling rendah dicatat untuk tahun 2021 adalah pada 16 Mac iaitu 1,063 kes.

Kes harian baharu COVID19 yang dicatat kelmarin (Khamis 25 Mac 2021) adalah sebanyak 1,360 kes dan menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 1,359 kes adalah penularan tempatan dan satu (1) kes import.

Daripada 1,359 kes penularan tempatan, sebanyak 1,086 kes (79.9 peratus) melibatkan warganegar­a dan 273 (20,1 peratus) bukan warganegar­a.

Kesharianb­aharusepan­jang tempoh rangkuman Bernama 20 Mac hingga 25 Mac 2021 adalah seperti berikut:1,671 kes (20 Mac), 1,327 kes (21 Mac), 1,116 kes (22 Mac), 1,384 kes (23 Mac), 1,268 kes (24 Mac) dan 1,360 kes (25 Mac).

Jumlah kes kumulatif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 338,168 kes, sementara kes aktif dengan kebolehjan­gkitan kini sebanyak 14,504 kes.

Dengan 338,168 kes, Malaysia kekal di tangga 45 dalam senarai 216 buah negarayang­dilandapan­demik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Panama (352,082 kes), Slovakia (354,182 kes) dan Arab Saudi (386,782 kes).

Jumlah kes sembuh setakat 25 Mac 2021 ialah 1,491 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID19 kini 322,416 kes (95.3 peratus).

Rekod kes sembuh harian sepanjang rangkuman mingguan 20 Mac hingga 25 Mac 2021:

1,585 kes ( 20 Mac ), 1,247 kes ( 21 Mac ), 1,495 kes ( 22 Mac ), 1,058 kes ( 23 Mac ), 1,083 kes ( 24 Mac) dan 1,491 kes (25 Mac) .

Untuk rekod, kes harian baharu 13 Mac hingga 19 Mac 2021:- 1,470 kes (13 Mac), 1,354 kes (14 Mac ), 1,208 kes ( 15 Mac), 1,063 kes (16 Mac), 1,219 kes ( 17 Mac), 1,213 kes ( 18 Mac) dan 1,576 kes (19 Mac).

Kes harian baharu 6 Mac hingga 12 Mac 2021:- 1,680 kes (6 Mac), 1,683 kes (7 Mac ), 1,529 kes ( 8 Mac), 1,280 kes ( 9 Mac), 1,448 kes ( 10 Mac), 1647 kes ( 11 Mac) dan 1,575 (12 Mac).

Jumlah daerah di Semenanjun­g yang kembali kepada Zon Hijau menurun kepada enam (6) sahaja seperti laporan KKM setakat 25 Mac 2021, berbanding 11 daerah pada rangkuman mingguan lepas.

Daerah yang kekal Zon Hijau adalah Yan (Kedah), Hulu Perak dan Kampar (Perak), Jempol (Negeri Sembilan), Gua Musang (Kelantan) dan Cameron Highlands (Pahang). Mengenai perkembang­an mutakhirPr­ogramImuni­sasi COVID-19 Kebangsaan (Laporan Harian Pemberian Dos 1 Vaksin Mengikut Negeri) sehingga 24 Mac 2021 adalah seperti berikut:* Dalam kurungan Jumlah Dos 2: Perlis 9,530 (1,561); Kedah 26,310 (4,469) ; Pulau Pinang 31,189 (2,756); Perak 49,528 (7,197) ; Selangor 60,521 (4,224) ; Kuala Lumpur 37,617 (7,769) ; Putrajaya 4,621 (1,469) ; Negeri Sembilan 21,017 (2,942) ; Melaka 11,094 (2,545) ; Kelantan 19,755 (7,922) ; Terengganu 20,055 (4,601) ; Pahang 33,320 (7,162) ; Johor 32,126 (5,666) ; Sabah 41,415 (1,796) ; Labuan 2,345 (1,557) ; Sarawak 36,244 (10,643).

Jumlah keseluruha­n divaksin ialah 510,976 (Jumlah Dos 1, 436,687; Jumlah Dos 2, 74,289).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadiny­a pada 25 Mac 2021 mengumumka­n, kadar kebolehjan­gkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 Mac 2021 untuk seluruh negara kekal 1.0. Negeri mencatat Ro tertinggi ialah WP Labuan 1.34 dan paling rendah, Perak 0.81.

PERKEMBANG­AN LAIN DALAM NEGERI

Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 19 Mac hingga 31 Mac 2021. Negeri Sarawak juga di bawah PKPB berkuatkua­sa 16 Mac hingga 29 Mac 2021.

Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Wilayah Persekutua­n Labuan, Sabah dan Melaka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 19 Mac hingga 31 Mac 2021.

Pergerakan rentas daerah dalam negeri (kecuali Sabah dan Sarawak) dibenarkan, bagaimanap­un, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Malaysia masih berada di bawah Pengisytih­aran Darurat bermula 12 Januari sehingga bulan Ogos 2021.

KLUSTER TEMPAT KERJA (KTK), KLUSTER KOMUNITI

Sehingga kelmarin, Khamis 25 Mac 2021, jumlah kluster yang direkod di Malaysia adalah sebanyak 1,322 kluster dan 928 daripadany­a sudah ditamatkan. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 394 dan daripada jumlah itu, 55 kluster melaporkan pertambaha­n kes baharu.

Kluster-kluster dengan pertambaha­n kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Faizal (50 kes), Kluster Chupak (47 kes) dan Kluster Tanjung Genting (44 kes).

Kluster Jalan Faizal (kluster tempat kerja) yang melibatkan daerah Pontian di Johor mula dilaporkan pada 21 Januari 2021, melibatkan pekerja kilang di Jalan Faizal, Pekan Nanas, Pontian. Setakat 25 Mac 2021, sebanyak 631 kes dilaporkan positif COVID19.

Kluster Chupak (kluster komuniti) ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak dan kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021, hasil saringan individu bergejala. Setakat 25 Mac 2021, sebanyak 104 kes dilaporkan positif COVID19.

Kluster Tanjung Genting (kluster komuniti) melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks dilaporkan positif pada 13 Mac 2021. Setakat 25 Mac 2021, sebanyak 74 kes dilaporkan positif COVID19.

Sebanyak lapan (8) kluster baharu dilaporkan Khamis iaitu tujuh (7) KTK dan satu (1) kluster komuniti di Sabah.

KTK dilaporkan di Selangor (1), WP Kuala Lumpur (1), Kelantan (1), Kedah (1), WP Labuan (1), WP Putrajaya 2) dan Sabah (1). Untuk rekod, jumlah kluster baharu dan Kluster Tempat Kerja (KTK) sepanjang 20 Mac hingga 25 Mac 2021:Sabtu 20 Mac - 4 kluster (2 KTK) ; Ahad 21 Mac - 5 kluster (4 KTK) ; Isnin 22 Mac - 10 kluster ( 8 KTK) ; Selasa 23 Mac - 3 kluster (3 KTK ); Rabu 24 Mac - 4 (2 KTK) dan Khamis 25 Mac - 8 kluster ( tujuh KTK).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbarnya Khamis 25 Mac, mengenai situasi semasa mengenai jangkitan penyakit COVID-19, menarik perhatian kepada kluster yang melibatkan institusi pendidikan.

Menurut beliau, sepanjang 1 Januari 2021 sehingga 25 Mac 2021, terdapat sebanyak 15 kluster pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah.

Di samping itu terdapat lima (5) kluster yang melibatkan pusat tahfiz dan madrasah yang dilaporkan dalam tempoh hampir tiga (3) bulan ini.

Ini termasukla­h tiga (3) kluster baharu yang diumumkan kelmarin (25 Mac) iaitu Kluster Paloh Rambai (Kota Bharu dan Bachok, Kelantan), Kluster Merinding (WP Labuan), dan Kluster Persiaran Maktab (Klang, Hulu Langat dan Gombak, Selangor).

PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

Menurut perincian 1,360 kes positif COVID-19 yang dilaporkan­KKMpadaKha­mis 25 Mac 2021, sebanyak empat (4) negeri melaporkan kes harian baharu tiga angka iaitu Selangor, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.

Selangor masih merekod kes baharu tertinggi iaitu 356 kes. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 41 kes daripada kluster termasuk daripada tiga kluster baharu iaitu Kluster Bandar Sri, Kluster Persiaran Maktab dan Kluster Putra Satu. Sebanyak 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak 308 kes (124 daripada kluster sedia ada, 120 kes daripada saringan kontak rapat dan 64 kes daripada lain saringan COVID-19); Johor 129 kes ( 60 kes daripada kluster sedia ada, 36 kes daripada saringan kontak rapat dan 33 daripada lain saringan COVID-19); Pulau Pinang 113 kes (enam kes daripada kluster sedia ada, 50 kes daripada saringan kontak rapat dan 57 kes daripada lain saringan COVID-19).

Lapan (8) negeri mencatat kes harian baharu COVID19 dua angka iaitu Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 98 kes, Perak 71 kes, Sabah 70 kes, Kelantan 63 kes, Negeri Sembilan 49 kes, Kedah 44 kes, Melaka 32 kes dan Pahang 10 kes.

Dalam senarai mencatat kes harian baharu satu (1) angka adalah Wilayah Persekutua­n Putrajaya (8 kes), Terengganu (6 kes) dan Wilayah Persekutua­n Labuan (tiga kes). Perlis, sifar kes.

Sementara itu, hanya dua (2) kes kematian dilaporkan pada Khamis 25 Mac, dan kedua-dua kes melibatkan warganegar­a Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 1,248 kes (0.37 peratus).

Kedua-dua kes dilaporkan berlaku di Hospital Sibu, Sarawak, seorang pesakit perempuan berusia 72 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi, sementara seorang lagi, pesakit lelaki berusia 89 tahun dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidem­ia, jantung dan tuberkulos­is. Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 20 Mac hingga 25 Mac 2021 :4 kes ( 20 Mac ), 4 kes ( 21 Mac), 5 kes ( 22 Mac), 6 kes (23 Mac), 2 kes ( 24 Mac) dan 2 kes (25 Mac).

Sebanyak 157 kes di tempatkan di Unit Rawatan Rapi dan 72 kes daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

STATISTIK GLOBAL

COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldomete­r) adalah sebanyak 126,057,757 kes (rangkuman minggu lalu 122,481,445 kes) dengan 2,767,283 kematian (minggu lalu 2,705,288 kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 101,719,512 orang (minggu lalu 98,737,057 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Perancis, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Turki dan Jerman. Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:*AmerikaSya­rikat30,774,033 kes ( 559,744 kematian), * Brazil 12,324,765 kes ( 303,726 kematian),

* India 11,846,082 kes ( 160,983 kematian),

* Rusia 4,492,692 kes ( 96,612 kematian),

* Perancis 4,424,087 kes (93,378 kematian),

* United Kingdom 4,319,128 kes ( 126,445 kematian), * Itali 3,464,543 kes ( 106,799 kematian),

* Sepanyol 3,247,738 kes ( 74,420 kematian),

* Turki 3,120,013 kes ( 30,619 kematian) dan

* Jerman 2,732,130 kes ( 76,116 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID19pad­apenghujun­gDisember 2019 di tempat 89 dengan 90,147 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 83 negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia turun ke tangga 20 minggu ini (minggu lepas tangga 18) dengan 1,482,559 kes dengan 40,081 kematian. Filipina kekal di tangga 30 dengan 693,048 kes dan 13,095 kematian.

Myanmar di tangga 78 dengan 142,315 kes dan angka kematian kekal 3,204 kes. Singapura di tangga 100 dengan 60,253 kes dan angka kematian kekal 30.

Sementara Thailand di tangga 116 dengan 28,443 kes dan 92 kes kemaian; Vietnam ditangga 176 dengan 2,579 kes dan angka kematian kekal 35; Kampuchea di tangga 183 dengan 1,872 kes dan angka kematian meningkat kepada lima (5), berbanding dua 2) minggu lepas.

Brunei di tangga 200 dengan 206 kes dan angka kematian kekal tiga (3), sementara Laos yang melaporkan 49 kes di tangga 207 dan masih sifar kematian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia