Utusan Borneo (Sarawak)

Antara perkongsia­n eksklusif menarik ‘Media Hiburan Throwback’

-

1. Norman Hakim turut mendedahka­n bagaimana isterinya Memey Suhaiza mula berbaik dengan bekas isterinya, Abby Abadi selepas perhubunga­n mereka berdepan dengan pelbagai kemelut.

2. Ifa Raziah turut berkongsi pelbagai cerita menarik yang mungkin ramai tidak tahu dan sempat mengimbau kembali kenangan persahabat­an dengan rakan artis seperti Amelina dan Mas Idayu.

3. Marsha Milan mengaku pernah dilabel sebagai artis lupa daratan oleh peminat selain turut mengimbas kembali perjalanan­nya sewaktu menyertai program realiti pertama yang mencetus fenomena di Malaysia iaitu Akademi Fantasia.

4. Walaupun cukup sinonim sebagai pengacara, Sharifah Shahirah atau Shira ruparupany­a tidak pernah memasang cita-cita untuk bergelar hos, sebaliknya teringin untuk membuat rakaman lagu dan bergelar penyanyi profesiona­l.

5. Selepas kehilangan bapa yang tercinta, Faizal Hussein mendedahka­n yang beliau terpaksa mengambil waktu seketika untuk bersendiri­an kerana sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Faizal juga pernah ‘mengganggu’ penggambar­an filem Laksamana Do Re Mi yang mana ia merupakan kali pertama beliau dapat berjumpa dengan Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee.

6. Kagum dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rita Rudaini mengaku dulu beliau hanya curicuri tengok ‘Tokti’ ketika sama-sama menjalani penggambar­an iklan Pepsi yang masih diingati hingga kini. Rita juga turut membongkar kisah sebenar insiden pergaduhan bersama Lisdawati dan menafikan bahawa lelaki sebagai punca salah faham tersebut.

7. Bermula dengan platform Dewi Remaja, Didie Alias atau lebih dikenali sebagai Lady Gaga Malaysia turut berkongsi pengalaman getir membesarka­n lima cahaya mata yang sedang membesar.

8. Pendedahan eksklusif Hero Malaya iaitu Dato’ Rosyam Nor yang dikatakan amat mementingk­an pasangan heroinnya dalam penggambar­an beliau.

9. Erra Fazira berkongsi perjalanan hidupnya sejak mula mendapat gelaran Miss Universe hingga digelar Primadona Malaysia.

10. Kisah di sebalik bermulanya bibit percintaan dua bintang kelahiran Akademi Fantasia, Akim & Stacy bakal dikongsika­n. Salah seorang daripada mereka juga pernah mengalami pengalaman pahit ditipu oleh pengurus sendiri.

11. Selebriti versatil, Dato’ AC Mizal turut berkongsi pengalaman jatuh bangun beliau dalam industri hiburan. Bermula dengan karier di awal usia muda dan bagaimana beliau masih kekal relevan hingga kini.

12. Turut mengejutka­n perkongsia­n oleh Dato’ Awie dengan kisah hidupnya yang mungkin tidak ramai tahu bahawa dia pernah terkena buatan orang sehingga terlantar di hospital sewaktu bergelar anak seni.

13. Pernah bergelar penyampai radio yang terkenal, Linda Onn membuka kisah di saat beliau tertekan kerana sering dilanda pelbagai gosip liar. Namun pengalaman itu menjadikan­nya lebih cekal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia