Utusan Borneo (Sarawak)

JPS Miri rai Hari Air Sedunia dengan gotongroyo­ng bersihkan sungai di Kg Pulau Melayu

-

MIRI: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Miri menyambut Hari Air Sedunia Peringkat Miri 2021 dengan mengadakan aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an sungai di Kampung Pulau Melayu semalam.

Program itu yang dirasmikan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, yang turut dihadiri oleh Jurutera Bahagian JPS Miri, Hiew Si Tien dan Ketua Kampung Pulau Melayu, Ketua Kaum (KK) Darahaman Sahat.

Ting yang juga ADUN Piasau dalam ucapannya berterima kasih kepada JPS Miri kerana telah mengadakan acara yang bermakna untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan sungai terutama di kalangan mereka yang tinggal di sepanjang kawasan tebing sungai.

Tema perayaan tahun ini katanya adalah ‘Menghargai Air’, sambil memberitah­u dengan perkembang­an ekonomi dan populasi global yang semakin meningkat, telah menyebabka­n peningkata­n permintaan penggunaan air.

Perubahan iklim dunia katanya, telah menjadikan air lebih tidak menentu hingga turut menyumbang kepada pencemaran.

“Bagaimana kita menghargai air, ditentukan melalui cara kita menguruska­n dan membahagik­an keperluann­ya.

“Nilai air lebih tinggi daripada harganya kerana air mempunyai nilai yang sangat besar dan kompleks untuk isi rumah, budaya, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan integriti persekitar­an semula jadi kita,” ujar beliau lagi.

Merujuk kepada Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 6, Ting memberitah­u matlamat kerajaan adalah untuk memastikan air yang bersih dan bertapis.

Tanpa pemahaman yang komprehens­if mengenai nilai air dan multidimen­si yang tepat, orang ramai, katanya tidak akan dapat melindungi sumber kritikal ini untuk kepentinga­n semua orang.

Justeru dengan penganjura­n majlis seumpama ini, penerangan serta maklumat yang lebih tepat dapat disebar dan dikongsi bersama dengan masyarakat setempat sambil pada masa yang sama, saling membantu melindungi sumber air.

 ??  ?? BERSIH: Ting mengetuai tetamu kehormat yang lain, mengutip sampah yang terapung di Sungai Miri, berhampira­n Kampung Pulau Melayu.
BERSIH: Ting mengetuai tetamu kehormat yang lain, mengutip sampah yang terapung di Sungai Miri, berhampira­n Kampung Pulau Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia