Utusan Borneo (Sarawak)

Bung Bratak dibuka semula kepada pelawat mulai 4 April

Pengunjung perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, kata Minos

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pusat Warisan Bung Bratak yang terletak di Kampung Tembawang Sauh, Bau akan dibuka semula kepada pelawat mulai Ahad, 4 April depan selepas berbulan-bulan ditutup susulan pandemik COVID-19.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos berkata, keputusan untuk membuka semula pusat itu dibuat semalam selepas pertimbang­an dari semua sudut termasuk permintaan orang ramai.

“Sekali lagi, pendaki dan pelawat boleh berkunjung ke pusat ini untuk beriadah sambil menikmati kehijauan alam semula jadi di Bung Bratak.

“Tetapi diingatkan setiap pendaki dan pelawat mesti patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya semalam.

Tambah Minos, berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular, aktiviti seperti perkhemaha­n, mesyuarat berkumpula­n dan persidanga­n masih tidak dibenarkan di Bung Bratak.

Hanya lawatan sehari dibenarkan di mana pelawat perlu merekodkan butiran peribadi di kaki Bung Bratak serta diambil suhu badan.

“Pada masa kita mengalualu­kan kehadiran pelawat dan pendaki, kita semua juga mesti patuh kepada peraturan antiCOVID-19 kerajaan.

“Ini adalah usaha bersama kita dalam melawan virus senyap tetapi membunuh ini,” katanya sambil menambah kakitangan di Bung Bratak tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pelawat yang ingkar.

Untuk sampai ke Bung Bratak katanya, pelawat perlu meletakkan kenderaan di kaki Bung Bratak di Kampung

Tetapi diingatkan setiap pendaki dan pelawat mesti patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana

Negeri Sarawak (JPBNS).

Datuk Peter Minos

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak TembawangS­auhdanmend­aki selama setengah jam.

Di pusat tersebut, pelawat boleh berehat dan bersantai sambil menikmati keindahan pemandanga­n alam semula jadi.

Terdapat dua rumah panjang dan sebuah baruk di pusat tersebut yang dilengkapi dengan kemudahan asas termasuk penginapan.

 ??  ?? DESTINASI PELANCONG: Bung Bratak lokasi menarik untuk pendaki dan mereka yang meminati alam semula jadi.
DESTINASI PELANCONG: Bung Bratak lokasi menarik untuk pendaki dan mereka yang meminati alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia