Utusan Borneo (Sarawak)

SOKONG PROJEK JALAN

- Oleh Sudan Ajang

LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitah­u bahawa pembinaan jalan raya ke kawasan ladang di sini mengalami kelewatan berikutan sikap segelintir pemilik tanah yang enggan bekerjasam­a.

Katanya, terdapat pemilik tidak memberi kebenaran projek itu melalui tanah mereka walaupun peruntukan sudah diluluskan dan projek tersebut turut memberi manfaat kepada peladang di situ.

“Terdapat beberapa projek jalan raya ke ladang termasuk di Merapok yang sebelum ini sudah diluluskan tertangguh kerana sebab ini.

“Justeru saya menggesa pemilik tanah berkenaan mengubah corak pemikiran dengan melihat manfaat projek itu kepada semua peladang di kawasan itu khususnya dari segi ekonomi,” tegasnya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Menteri Pembanguna­n Usahawan Sarawak berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Air Sedunia Bahagian Limbang anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Limbang di Kampung Undop, Ulu Merapok dekat sini, kelmarin.

Turut diadakan aktiviti gotong-royong membersihk­an Sungai Merapok oleh penduduk kampung.

Katanya, kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) melaksanak­an projek berorienta­sikan rakyat melalui pembinaan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk di Merapok terus menyokong kepimpinan GPS dalam mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Mengenai sambutan Hari Air Sedunia, Awang Tengah menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang berat kepentinga­n air untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

“Aktiviti ekonomi seperti pertanian tidak dapat dilaksanak­an tanpa air, justeru kita perlu memelihara sungai dan kawasan tadahan air daripada pencemaran.

“Dalam konteks ini, saya memuji kesungguha­n lebih 60 penduduk kampung yang mengambil bahagian dalam kempen membersihk­an Sungai Merapok daripada sisa kayu,” kata Awang Tengah.

Mengenai permohonan ketua kampung Sairi Bamdas untuk menyediaka­n sistem pengairan yang baik, beliau berkata, projek pembetunga­n sudah diluluskan JPS, selain jalan raya bagi membolehka­n hasil pertanian di Kampung Undop dipasarkan.

Hadir sama isteri beliau Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Henry Sum Agong, Residen Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Jurutera Bahagian JPS Anisah Ahmad.

Pemilik tanah diseru beri kerjasama terhadap pelaksanaa­n projek jalan raya

 ??  ?? KERJASAMA: (Dari kiri) Awang Tengah, Anisah dan Sairi serta yang lain meninjau
kawasan di tebing Sungai Merapok selepas kempen pembersiha­n tersebut.
BERSIH: Keadaan Sungai Merapok yang cantik selepas dibersihka­n.
KERJASAMA: (Dari kiri) Awang Tengah, Anisah dan Sairi serta yang lain meninjau kawasan di tebing Sungai Merapok selepas kempen pembersiha­n tersebut. BERSIH: Keadaan Sungai Merapok yang cantik selepas dibersihka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia