Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka senarai pekerja sedia diberi suntikan vaksin

JPBNS telah memaklumka­n perkara itu kepada syarikat-syarikat beroperasi di Sarawak, kata Uggah

- Oleh Marlinda Mardzuki

Dalam fasa pertama pendaftara­n, kita menggalakk­an rakyat mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a atau melalui pejabat daerah dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat daerah masing-masing.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING:Semua syarikat yang beroperasi di Sarawak diminta mengemukak­an senarai pekerja yang bersedia untuk diberi suntikan vaksin COVID19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya (kelmarin) telah memaklumka­n perkara itu kepada syarikat-syarikat terbabit.

Ini kerana katanya, dasar kita adalah yang pertama memberi vaksin kepada orang yang bersedia menerima vaksin dan kedua, memberi vaksin kepada semua penduduk di Sarawak.

“Dalam fasa pertama pendaftara­n, kita menggalakk­an rakyat mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a atau melalui pejabat daerah dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat daerah masing-masing.

“(Dan) sekarang kita merayu kepada syarikat

syarikat ini supaya mereka mengemukak­an nama pekerja mereka yang bersedia untuk divaksin.

“Kita harap senarai itu akan sampai kepada kita sebelum 12 April nanti di mana kita minta senarai itu dihantar kepada pejabat residen di bahagian masing-masing,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, proses pendaftara­n vaksin COVID19

di negeri ini amat menggalakk­an.

“Hari ini saya tidak ada angka (pendaftara­n suntikan vaksin COVID-19) namun jumlahnya sangat menggalakk­an.

“Bagaimanap­un, kita akan terus menggerakk­an jenterajen­tera kita sehingga ke akar umbi di pejabat daerah dan berharap ketua masyarakat dan ketua kaum turut menyeru rakyat berumur 18 tahun ke atas mendaftar untuk mendapatka­n vaksin,” jelasnya.

Beliau berkata strategi kerajaan negeri sekarang adalah memastikan semua rakyatnya mendapat vaksin.

“Kita sedang berusaha ke arah itu dan diharapkan semua penduduk Sarawak dapat divaksin menjelang penghujung Ogos nanti.

“Untuk capai ini kita aktif berbincang dengan kerajaan persekutua­n, malah Jawatankua­sa Kumpulan Penasihat Vaksin COVID19 Sarawak turut aktif mengadakan perbincang­an dengan pembekal (vaksin).

“Strategi kita adalah sekiranya kita boleh akses vaksin dengan pembekal, kita harap dapat membelinya secara sendiri daripada mereka. Sekiranya bekalan vaksin dari Kuala Lumpur lambat diperoleh, Kerajaan Sarawak bersedia membeli vaksin sendiri,” jelasnya.

Ia supaya kita dapat memberi vaksin kepada rakyat Sarawak mengikut jadual dan ini adalah keutamaan kita, ujarnya.

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? MAKLUMAN: Uggah pada sidang media harian COVID-19. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Chin Zing Hing.
— Gambar Jabatan Penerangan MAKLUMAN: Uggah pada sidang media harian COVID-19. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Chin Zing Hing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia