Utusan Borneo (Sarawak)

9,000 dos vaksin Sinovac diberikan kepada petugas barisan hadapan tanpa komorbidit­i

-

KUCHING: Lebih 9,000 dos vaksin Sinovac yang tiba di Sarawak baru-baru ini akan diberikan kepada petugas barisan hadapan tanpa komorbidit­i dan berumur 60 tahun ke bawah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ini adalah kriteria yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan untuk penerima vaksin Sinovac buat masa sekarang.

“Bagaimanap­un, kita pada awal lagi telah memaklumka­n kepada kementeria­n mengenai pilihan kita untuk jenama vaksin tetapi polisi sedia ada boleh berubah dari semasa ke semasa,” katanya pada program kaunter pendaftara­n vaksinasi COVID-19 di Pasar Batu 7 di sini, semalam.

Dr Sim berkata, strategi kerajaan negeri buat masa sekarang adalah mendapatka­n sebanyak mungkin dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk orang ramai selain berdepan cabaran menyimpan vaksin pada suhu -70 Celcius semasa membawa ke kawasan pedalaman.

“Malahan, kita turut mendapat nasihat daripada Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak dan sekiranya ada vaksin jenis lain boleh didapati pada bulan Jun atau Julai, kerajaan negeri pasti akan meneliti perkara ini,” katanya.

Beliau berpendapa­t bekalan vaksin di seluruh dunia akan meningkat dari bulan April hingga Jun sebelum boleh didapati dengan lebih meluas pada bulan Julai

Dr Sim mengingatk­an betapa pentingnya untuk mencatat kadar pendaftara­n vaksinasi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sarawak kerana dengan cara ini dapat menuntut lebih banyak dos vaksin daripada Putrajaya.

Beliau berkata, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan majlis tempatan telah diarahkan membantu meningkatk­an kadar pendaftara­n yang lebih tinggi dalam kalangan orang ramai sama ada melalui aplikasi Mysejahter­a atau menubuhkan kaunter pendaftara­n.

Dr Sim menegaskan 70 peratus penduduk negeri ini perlu diberi vaksin, yang bermaksud 99 peratus daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas perlu disuntik.

“Tujuan vaksinasi tidak bersifat individual­istik. Setelah cukup orang atau 70 peratus populasi telah divaksinas­i, penularan wabak COVID-19 dapat dihentikan seterusnya mutasi virus itu dapat ditangani. Ini adalah tujuan utama,” jelasnya.

Sekiranya usaha itu gagal dicapai, Dr Sim berpendapa­t vaksin yang disuntik ke dalam tubuh seseorang individu mungkin tidak lagi berguna untuk mencegah virus bermutasi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa 600,000 orang di negeri ini telah mendaftar untuk vaksinasi secara manual dan 500,000 lagi mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a yang mewakili sekitar separuh daripada populasi yang disasarkan untuk disuntik.

Namun demikian, Dr Sim menegaskan Kerajaan Sarawak masih yakin untuk memvaksina­si 2.2 juta orang di negeri ini pada bulan Ogos dengan Sarawak mula membuat tawaran sendiri kepada syarikat pembuatan vaksin seperti Pfizer untuk mendapatka­n lebih banyak dos vaksin.

Untuk seluruh negara, Dr Sim berkata, terdapat 600,000 dos vaksin Sinovac akan tiba bulan depan, 3.7 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba pada bulan April hingga Jun dan 12 juta lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk tempoh Julai hingga September.

“Inilah sebabnya mengapa kita meminta kerajaan persekutua­n mendapatka­n bahagian vaksin secara adil dan sekiranya mereka tidak mampu mendapatka­n jumlah dos vaksin yang kita minta, kita menawarkan kepada mereka bahawa kita membeli vaksin sendiri,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang juga pengerusi MPP dan Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.

 ??  ?? TINJAU: Dr Sim ditemani Lo dan Ahmad semasa mengunjung­i program kaunter pendaftara­n vaksinasi COVID-19 anjuran Majlis Perbandara­n Padawan di Pasar Batu 7 semalam.
TINJAU: Dr Sim ditemani Lo dan Ahmad semasa mengunjung­i program kaunter pendaftara­n vaksinasi COVID-19 anjuran Majlis Perbandara­n Padawan di Pasar Batu 7 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia