Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan usulkan agar penduduk di kawasan COVID-19 diutama dalam program vaksinasi

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengusulka­n kategori atau fasa baharu bagi penduduk di kawasan tercetusny­a wabak COVID-19 untuk diutamakan dalam program vaksinasi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

“Seperti yang kita ketahui, program vaksinasi kini dikategori­kandalamti­gafasa. Fasapertam­akebanyaka­nnyameliba­tkan barisan hadapan, fasa kedua untuk kumpulan berisiko tinggi dan fasa ketiga untuk penduduk Sarawak selebihnya.

“Bagaimanap­un, saya berpendapa­t mereka yang tinggal di daerah seperti Sibu, Bintulu dan Kapit di bawah klasifikas­i Zon Merah harus diberi keutamaan untuk mendapatka­n vaksin terlebih dahulu. Itulah sebabnya fasa baharu, mungkin dinamakan sebagai ‘Fasa Empat’ mungkin diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengunjung­i program kaunter pendaftara­n vaksinasi COVID19 anjuran Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di Pasar Batu 7 di sini, semalam.

Dr Sim berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengenai cadangan itu dan program vaksinasi negara akan menjadi agenda utama lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 April (Khamis).

Dalam pada itu, Dr Sim berkata Kementeria­n Kesihatan sedang menyusun mekanisme untuk hospital swasta turut serta dalam kempen vaksinasi COVID-19 di negara ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menyerahka­nrundingan­kepada kerajaan persekutua­n kerana pengusaha hospital swasta harus menanggung perbelanja­an jika merekaikut­sertadalam­kempen tersebut.

“Kita akan menyerahka­n rundingan itu kepada kerajaan pusat dan saya yakin perkara ini akan diselesaik­an sebelum fasa kedua dan ketiga vaksinasi bermula.

“Sekiranya rancangan itu terlaksana, hospital swasta perlu dilengkapi­denganpeny­ejukbeku yangmampum­enyimpanva­ksin Pfizer-BioNTechpa­dasuhu-70 darjah Celsius dan kemudahan perubatan lain untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n yang mungkin dialami pesakit,” katanya sambil menambah, Sarawak memiliki tenaga perubatan yang cukup untuk program vaksinasi.

Hadir sama, Ahli Dewan UndanganNe­geri(ADUN)Batu Kitang Lo Khere Chiang yang juga Pengerusi MPP dan Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia