Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi nyahcemar di semua medan selera di Jalan Bandung bermula

-

SIBU: Operasi nyah cemar akan dijalankan di semua medan selera termasuk Bandong Walk di Jalan Bandung bermula semalam, kata penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee.

Semasa siaran langsung di laman Facebook miliknya kelmarin, beliau mengatakan keputusan itu dibuat kerana kes positif yang dikesan di Jalan Bandung yang dipercayai berasal dari medan selera.

“Saya sudah menghubung­i Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun mengenai operasi ini dan kami akan meminta bomba membersihk­an kawasan ini,” katanya.

Beliau juga menggesa semua pengusaha gerai makan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat, memakai pelitup separuh muka dan selalu mengamalka­n kebersihan diri.

Beliau juga menegaskan bahawa masih terdapat kes positif dilaporkan di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, terdapat kemungkina­n Bandong Walk tidak dapat menjadi tapak bazar Ramadan pada tahun ini, tambahnya.

“Saya terfikir untuk mengadakan bazar Ramadan dan akan berbincang dengan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengenai cara yang betul dan teratur untuk memastikan keadaan terkawal.

“Namun, dengan satu kes yang dikesan di sana hari ini (kelmarin), ini bukan petanda baik untuk kita membuka bazar Ramadan,” katanya

Beliau juga menambah, walaupun bazar Ramadan dibuka di Bandong Walk tidak ada yang berani untuk mengunjung­i tempat tersebut sekiranya ada kes.

“Jadi itulah sebabnya mengapa saya juga mahu tempat itu dibersihka­n untuk memastikan keselamata­n orang ramai,” katanya.

 ??  ?? RISAU: Dr Annuar semasa siaran langsung di laman Facebook miliknya, petang kelmarin.
RISAU: Dr Annuar semasa siaran langsung di laman Facebook miliknya, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia