Utusan Borneo (Sarawak)

RM500,000 dilulus laksana fasa kedua projek naik taraf jalan pertanian: Willie

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komuditi Datuk Willie Mongin berkata, sejumlah RM500,000 telah diluluskan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) bagi melaksanak­an fasa kedua projek naik taraf jalan pertanian di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) di Padawan dekat sini.

Beliau berkata projek berkenaan merupakan lanjutan kepada fasa pertama yang telah siap November tahun lalu, juga melibatkan kos RM500,000.

“Sebanyak RM1 juta dibelanjak­an untuk projek menaik taraf jalan pertanian sepanjang 2.5km di BRS.

“Projek di bawah Projek Jalan Perhubunga­n KPLB itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga bulan dan bakal memberi manfaat kepada penduduk di empat kampung di sini (BRS) iaitu Kampung Taba Sait, Semban, Pain-Bojong dan Rejoi untuk ke kebun masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kontrak bagi fasa kedua projek berkenaan di Dewan BRS, Padawan kelmarin.

Sementara itu pada majlis berasingan iaitu merasmikan Jambatan Nyien dan Jalan Majerin di Kampung Patung, Padawan, Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata komitmen ketua masyarakat dan ketua kaum bersama wakil rakyat serta kerajaan amat penting dalam usaha membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

Katanya, ketua masyatakat dan ketua kampung dapat melihat secara dekat setiap masalah di kampung masingmasi­ng dan ajukan perkara yang berkaitan ke pusat khidmat beliau untuk tindakan susulan sewajarnya.

“Saya juga menggesa agar mereka sering berhubung dengan saya sendiri dan pegawai-pegawai saya di Pusat Khidmat Rakyat untuk membincang­kan pelbagai perkara berkaitan masalah masyarakat,” katanya.

Mengenai Jambatan Nyien, beliau berharap kemudahan di Projek Mesra Rakyat (PMR) berkenaan akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat di kampung itu dalam pelbagai urusan.

Pada majlis itu beliau mengumumka­n peruntukan RM20,000 untuk tabung Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Patung, RM30,000 kepada Biro Wanita kampung tersebut serta menyerahka­n sumbangan kepada 13 pesakit kronik serta orang kurang upaya (OKU) di kampung itu.

 ??  ?? SERAH: Willie menyerahka­n dokumen kontrak pembinaan projek naik taraf jalan pertanian fasa kedua BRS Padawan kepada wakil syarikat Abra Utama Sdn Bhd (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.
SERAH: Willie menyerahka­n dokumen kontrak pembinaan projek naik taraf jalan pertanian fasa kedua BRS Padawan kepada wakil syarikat Abra Utama Sdn Bhd (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia