Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Sri Tanjong kesal SPR tunda Undi18

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong Justin Wong Yun Bin kesal dengan penundaan Undi18 yang diumumkan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lepas.

Beliau berkata, alasan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kekurangan waktu yang diberikan oleh SPR adalah tidak munasabah kerana mereka mempunyai cukup masa untuk melaksanak­annya.

“SPR memberi alasan PKP telah mempengaru­hi perancanga­n dan persiapan untuk membolehka­n belia berumur 18 hingga 20 tahun menjadi sebagai pemilih.

“Sepatutnya alasan itu tidak boleh diterima dan meminta supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya campur tangan serta berikan penjelasan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Mengulas lanjut, katanya, pelaksanaa­n Undi18 dan pendaftara­n pemilih automatik telah dipersetuj­ui di Parlimen pada bulan Julai 2019 lagi.

“Parlimen telah meluluskan usul itu yang berkuat kuasa pada Julai 2021, namun telah ditunda sehingga September 2021 depan iaitu lima bulan kemudian,” katanya.

Menurutnya, tindakan menunda usul itu adalah bercanggah dengan keputusan yang diputuskan di Parlimen dan kemungkina­n ia mempunyai agenda tersendiri.

“Keputusan penundaan itu mungkin akan menjejaska­n belia berumur 18 hingga 20 tahun untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang dan ini merupakan penghinaan terhadap Parlimen serta demokrasi itu sendiri.

“Keputusan itu juga menunjukka­n kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak serius untuk melaksanak­an Undi18 dan mempunyai niat lain,” katanya.

Justin percaya ramai belia akan marah dan kecewa dengan kerajaan PN kerana janji yang diberikan di Parlimen tidak ditepati dan hak mereka sebagai pemilih ditangguhk­an.

“Saya memohon kepada seluruh warganegar­a Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dan belum mendaftar dengan SPR supaya segera melakukann­ya agar boleh menjadi mengundi pada PRU akan datang,” katanya.

 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia