Utusan Borneo (Sarawak)

10 tahun penantian, terima kasih Bung: John Charles

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA MARUDU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) John Charles Mitah Mikat bersetuju berkenaan kerisauan yang diluahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai jalan raya yang teruk di daerah ini selain keadaan penduduk tidak mempunyai akses kepada air bersih semasa melakukan lawatan baru-baru ini.

Katanya, masalah jalan raya dan bekalan air bersih kepada penduduk setempat sepatutnya tidak lagi timbul sejak 10 tahun lalu.

“Kini kita lihat bekalan air bersih dari rumah ke rumah selalu sahaja terputus dan kadangkala penduduk terpaksa mengambil masa beberapa hari sehingga berminggu-minggu baharu bekalan air bersih disalurkan.

“Entah apa yang berlaku, Jabatan Air Kota Marudu sering kali memberi notis kepada penggunany­a bahawa ada saja penutupan bekalan air bersih di daerah ini yang tidak kunjung habis dari dahulu dan sampai sekarang,” katanya.

Menurutnya, selain masalah jalan raya yang teruk di luar bandar, kawasan laluan utama Pekan Kota Marudu juga kini semakin hangat, sempit dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke suatu destinasi.

“Walaupun perjalanan itu dekat, pengguna jalan terpaksa berhadapan dengan lambakan kereta bersaiz kecil mahupun besar yang melalui jalan berkenaan.

“Seperti yang dijadualka­n, pembinaan jalan raya berkembar dua hala di daerah ini sepatutnya sudah lama siap. Malangnya pembinaan sering kali terbengkal­ai sejak sekian lama dan belum ada tanda-tanda jalan disiapkan yang begitu ketara.

“Walau apapun, selaku penduduk Kota Marudu saya amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatin­an Datuk Seri Bung Moktar kerana sanggup datang untuk meluangkan masa, memantau dan melihat dengan mata sendiri masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di sini sejak hampir 10 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau juga berharap kehadiran Bung pada 23 Mac lalu menjawab sebahagian daripada masalah utama yang selalu membebanka­n rakyat Kota Marudu selama ini.

 ??  ?? JOHN CHARLES
JOHN CHARLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia