Utusan Borneo (Sarawak)

Kota Samarahan berpotensi dibangun sebagai kota siber

Miliki tarikan tersendiri, berpotensi disenarai sebagai antara STIZ berasaskan ‘niche tourism’ dalam teknologi digital

- Oleh Agnes Tugong

Saya melihat Kota Samarahan berpotensi seperti Kota Kreatif Chimahi yang berkonsepk­an kreativiti, inovasi dan teknologi digital sehingga menjadi trend dan gaya hidup anak muda di sana.

KOTA SAMARAHAN: Kawasan Kota Samarahan berpotensi dibangunka­n sebagai kota siber seperti Kota Kreatif Cimahi di Jawa Barat, Bandung, Indonesia.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Kota Samarahan mempunyai tarikan tersendiri dan berpotensi disenaraik­an sebagai salah satu Zon Pelaburan Pelanconga­n Khas (STIZ) yang berasaskan kepada ‘niche tourism’ dalam teknologi digital.

“Saya melihat Kota Samarahan berpotensi seperti Kota Kreatif Chimahi yang berkonsepk­an kreativiti, inovasi dan teknologi digital sehingga menjadi trend dan gaya hidup anak muda di sana.

“Ini sesuai dengan peratusan demografi populasi Kota

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Samarahan yang terdiri daripada para pelajar universiti serta golongan profesiona­l perkhidmat­an awam dan swasta.

“Oleh yang demikian, kita perlukan komitmen berterusan daripada semua pihak untuk meletakkan Kota Samarahan sebagai salah satu destinasi pelanconga­n dengan keistimewa­an tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Pertama Dota 2 2021 di Taman D’Virtual, Kota Samarahan di sini semalam, diikuti pelancaran Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong.

Mengenai kejohanan tersebut, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata penganjura­nnya tepat pada masanya dan seiring dengan strategi kementeria­nnya untuk menggalakk­an semua pemegang taruhnya memanfaatk­an teknologi dan digitalisa­si secara proaktif dan inovatif.

Malah katanya, penganjura­n acara sukan yang bersifat futuristik seperti ini dapat menarik perhatian pelancong muda dari serata dunia untuk ke Kota Samarahan.

Kejohanan julung kalinya bagi musim pertama tahun ini di Taman D’Virtual ini merupakan anjuran Serba Dinamik Group Berhad dengan sokongan Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang menawarkan hadiah tunai berjumlah RM5,000 kepada pemenangny­a.

Kejohanan bermula semalam, 27 Mac di mana 16 pasukan dari Kota Samarahan dan Kuching bersaing dan dibahagika­n kepada empat kumpulan bagi merebut slot akhir pada 4 April 2021.

Hadir sama, Pengurus Kumpulan dan Ketua Operasi Serba Dinamik Kuching Muliawadi Imran dan Presiden Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong Ehsan Wahab serta yang lain.

Datuk Seri Nancy Shukri

 ??  ?? RASMI: Nancy (empat kanan) selesai melakukan simbolik perasmian Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong di Taman D’Virtual, Kota Samarahan. Turut kelihatan Muliawadi (dua kiri) dan Ehsan (kiri).
RASMI: Nancy (empat kanan) selesai melakukan simbolik perasmian Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong di Taman D’Virtual, Kota Samarahan. Turut kelihatan Muliawadi (dua kiri) dan Ehsan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia