Utusan Borneo (Sarawak)

KJM badan sukarela wakili komuniti setempat dalam kawasan DBKU

-

KUCHING:Kejiranan Mesra (KJM) yang dilantik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) adalah sebuah badan sukarela yang mewakili komuniti setempat dalam kawasan tadbiran DBKU.

Menurut satu kenyataan, KJM merupakan kumpulan fokus oleh DBKU dalam usaha melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera serta menepati kriteria Pelan CBSSS Clean Beautiful Safe Smart and Sustainabl­e.

“Pelantikan KJM juga sebagai salah satu platform DBKU untuk memperkasa­kan daya saing komuniti setempat agar seiring dengan pembanguna­n semasa agar mereka tidak ketinggala­n.

“Pelbagai kursus dan bengkel serta program telah diadakan bagi meningkatk­an lagi kecekapan tataurus KJM dalam mengelola program keusahawan­an, sukan, riadah, komuniti dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, seramai 50 pengerusi KJM mengikuti Bengkel Pemerkasaa­n Kejiranan Mesra DBKU 2021 yang diadakan kali ini.

Ia sebagai tanda penghargaa­n kepada penglibata­n mereka dan pada masa yang sama membuka ruang kepada mereka untuk bersuai kenal dengan pengerusi baharu KJM untuk sesi 2021-2022.

Satu majlis makan malam diadakan bersama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga merupakan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) malam kelmarin di Dewan Sunset, Damai Beach Resort.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan yang turut bersama menyempurn­akan penyampaia­n Sijil Pelantikan Pengerusi KJM 2021-2022.

“Semoga komuniti setempat terus bekerjasam­a dengan DBKU dan mengukuhka­n lagi semangat sukarela dalam kalangan mereka demi kesejahter­aan semua warga kota,” tegasnya.

 ??  ?? RASMI: Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kiri) hadir untuk merasmikan majlis itu malam kelmarin.
RASMI: Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kiri) hadir untuk merasmikan majlis itu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia