Utusan Borneo (Sarawak)

DTTAS hulur sumbangan makanan kepada penduduk Rumah Daniel

-

MIRI: Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) baru-baru ini tampil menghulurk­an sumbangan makanan kepada penduduk Rumah Daniel di Menyalin Baru, Debak yang berada di bawah perintah sekatan pergerakan COVID-19 dari 12 hingga 25 Mac lalu.

Menurut Naib Presiden DTTAS II Diana David Intang, terdapat 20 keluarga di rumah panjang itu dan beliau berharap sumbangan berkenaan dapat meringanka­n beban penduduk memandangk­an mereka tidak dapat meninggalk­an rumah panjang disebabkan perintah berkenaan ketika itu.

“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringanka­n beban keluarga berkenaan.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah membantu kami menyalurka­n sumbangan kepada keluarga yang terjejas,” katanya.

Berikutan peningkata­n jumlah kes COVID-19 di negeri ini, Diana menggesa setiap rakyat Sarawak memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Kementeria­n Kesihatan serta pihak berkuasa yang bekerja sepanjang masa untuk mencegah penularan wabak tersebut.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mendoakan keselamata­n dan kesejahter­aan pasukan barisan hadapan kita yang membahayak­an nyawa mereka untuk memastikan kita selamat.

“Kita semua perlu bekerjasam­a dengan mereka dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, kerana ini adalah perkara yang paling penting untuk memenangi pertempura­n melawan COVID19,” katanya.

Diana juga meminta semua orang awam di sini terus mematuhi semua peraturan dan undangunda­ng pihak berkuasa agar wabak itu dapat berakhir lebih awal dan kehidupan dapat kembali normal.

“Oleh itu, patuhi semua SOP dan biasakan diri kita untuk menjaga jarak sosial kita dan memakai pelitup muka apabila keluar rumah.

“Sebaiknya duduk sahaja di rumah jika tiada perkara penting untuk dilakukan di luar dan elakkan tempat yang sesak serta perbualan yang rapat. Bersama kita dapat memutuskan rantaian wabak ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia