Utusan Borneo (Sarawak)

Harden rasmi Pertanding­an Bola Sepak Bawah Umur 25 Tahun

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman (FASA) menyempurn­akan sepak mula Pertanding­an Bola Sepak Bawah Umur 25 Tahun bagi Zon Tengah di Padang Kementeria­n Pembanguna­n Sosial dan Urbanisasi (KPSU), dekat sini kelmarin.

Perlawanan pertama kelmarin menyaksika­n pertembung­an di antara pasukan Sri Aman dengan pasukan

Kapit yang berkesudah­an dengan Sri Aman menang 1-0.

Perlawanan tanpa penonton itu merupakan SOP dalam norma baharu mengekang penularan COVID-19.

Bagi Zon Tengah terdapat empat pasukan yang berentap dalam pusingan pertama dengan sistem timbal balik secara liga.

Empat pasukan tersebut ialah Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Kapit.

Hanya dua pasukan terbaik akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua secara karnival di Bintulu.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang ketika mengulas mengenai perlawanan di antara Sri Aman menentang Kapit, melahirkan keyakinan pasukan Sri Aman boleh melangkah jauh apabila dilihat menguasai permainan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Usaha menambah gol tidak menjadi kenyataan apabila penyudah bahagian serangan tidak berhasil ketika beberapa peluang keemasan disia-siakan dan kerap kali tendangan melangkaui palang gol,” ujarnya.

Turut hadir menyaksika­n perlawanan berkenaan, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) David Usop, Setiausaha Eksekutif FAS Paza, Pegawai Pembanguna­n Pengadil FAS Fitry Johnwayne serta yang lain.

 ??  ?? TERUJA: Harden memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pasukan sebelum bermulanya perlawanan berkenaan kelmarin.
TERUJA: Harden memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pasukan sebelum bermulanya perlawanan berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia