Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkit kesedaran pentingnya jaga kebersihan sungai

Kita boleh menyumbang kepada perkara ini dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai: Harden

- Oleh Kelvin Lambai

Kita juga memikirkan terdapat kawasan di dunia ini yang selalu menghadapi krisis air seperti di benua

Afrika.

Datuk Francis Harden Hollis

SRI AMAN: Semua lapisan masyarakat harus mempunyai kesedaran terhadap kepentinga­n menjaga sungai dengan menyertai usaha memelihara persekitar­an sungai yang bersih.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, kita mungkin tidak mampu membersihk­an sungai secara langsung namun kita boleh menyumbang dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai.

“Kita juga memikirkan terdapat kawasan di dunia ini yang selalu menghadapi krisis air seperti di benua Afrika.

“Keadaan tanah tandus yang kering kontang menjadikan aktiviti pertanian sukar dijalankan dan secara tidak langsung taraf sosioekono­mi tempatan menjadi rendah dan menjurus kepada kemiskinan,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Pembersiha­n Sungai Serentak Seluruh Negara sempena Hari Air Sedunia 2021 (HAS 2021) anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman di Balai Raya Kampung Sabu dekat sini, kelmarin.

Dalam pada itu katanya, banyak usaha dilaksanak­an kerajaan untuk meningkatk­an keupayaan dalam pengurusan air, sekali gus diharap dapat menggerakk­an inisiatif dalam pemelihara­an kawasan tadahan dan pengurusan sumber air.

“Antara pendekatan yang sedang digunakan adalah

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti dengan membangunk­an sistem keseimbang­an air melalui Program Pembanguna­n Keseimbang­an Air bagi Pengurusan Sumber Air Negara.

“Di Sarawak, kajian ini sedang dijalankan di lembangan Sungai Similajau di Bintulu.

“Selain itu, pengurusan lembangan sungai secara bersepadu juga merupakan langkah penting untuk meningkatk­an keupayaan dalam pengurusan air,” katanya.

“Bagi kita di Sri Aman, kita mempunyai lebih 50 sungai utama dan anak sungai dengan panjang melebihi 500 kilometer dan ini merupakan cabaran yang besar khususnya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memastikan kesemua sungai ini dapat berfungsi dengan efisien,” tambahnya.

Hadir sama pada program berkenaan, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee, Jurutera Bahagian JPS Bahagian Sri Aman Faizul Abdul Wahab, Tuai Rumah John Elie serta yang lain.

 ??  ?? KERJASAMA: (Dari dua kanan) Harden (dua kanan), Faizul, Mohd Ashree dan TR John serta yang lain sedang melakukan pembersiha­n sungai di Sri Aman.
KERJASAMA: (Dari dua kanan) Harden (dua kanan), Faizul, Mohd Ashree dan TR John serta yang lain sedang melakukan pembersiha­n sungai di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia