Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah serah peralatan bantuan pertanian RM1.3 juta di Tekajong

-

PULAU BRUIT, DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol semalam menyerahka­n peralatan pertanian bernilai RM1,301,600 bagi Program Dana Fasilitasi Pertanian (AFF).

Program itu memberi manfaat kepada 211 petani dan acara simbolik itu diadakan di Kampung Tekajong, di sini membabitka­n 27 penerima.

Abdullah berkata, beliau amat menghargai kesungguha­n dan minat penduduk Pulau Bruit yang mula menceburi aktiviti pertanian secara besar-besaran terutama ke arah penanaman menggunaka­n kaedah fertigasi.

“Jangan melepaskan peluang atau mensia-siakan pelbagai bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk membesarka­n kebun dan seterusnya meningkatk­an pengeluara­n hasil kebun yang berkualiti.

“Saya bersedia membantu memohon bantuan tambahan jika perlu termasuk permohonan daripada penduduk kampung yang inginkan satu kawasan terutama di kawasan RGC Semop dibangunka­n sebagai pasar tani,” katanya ketika berucap.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) berkata, selain pendapatan daripada sumber laut, aktiviti pertanian wajar diceburi dengan bersungguh-sungguh sebagai hasil pendapatan alternatif untuk meningkatk­an taraf ekonomi keluarga masingmasi­ng.

“Kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan yang besar untuk membangun beberapa kawasan di merata tempat di Sarawak sebagai taman pertanian dan ‘food basket’.

“Agenda ini adalah bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan makanan import, seterusnya menambah pendapatan terutama warga pedalaman,” katanya.

 ??  ?? BERI SEMANGAT: Abdullah ketika berkunjung ke kebun tanaman fertigasi cili yang diusahakan Salha Saie di Kampung Salah Kecil, Pulau Bruit semalam.
BERI SEMANGAT: Abdullah ketika berkunjung ke kebun tanaman fertigasi cili yang diusahakan Salha Saie di Kampung Salah Kecil, Pulau Bruit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia