Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.15 juta bina stadium bola keranjang di Sarikei

-

SARIKEI: Dana sebanyak RM1.15 juta telah diperuntuk­kan kepada Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei untuk pembinaan stadium bola keranjang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, peruntukan tersebut telah diagihkan di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) melalui beberapa peringkat.

“Pada tahun 2018 dan 2020 sebanyak RM1 juta diagihkan manakala pada tahun ini sejumlah RM150,000 ditambah lagi untuk menyiapkan pembinaan gelanggang ini.

“Pihak kita dimaklumka­n bahawa kerja pembinaan gelanggang ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas siap projek, Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei akan mempunyai stadium tertutup yang lebih selesa dan serba lengkap daripada aspek kemudahan sukan berkaitan,” kata Huang.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan kerja ke tapak pembinaan stadium tersebut di Jalan Meranti dekat sini, semalam.

Pada masa yang sama, Huang berharap dengan siapnya pembinaan stadium ini nanti akan merancakka­n lagi sukan terbabit di kawasan ini.

Katanya, usaha pelaksanaa­n kemudahan sukan ini amat penting dalam misi kerajaan melahirkan lebih ramai golongan muda dan belia yang aktif dalam bidang sukan.

“Jika kita melihat dewasa ini industri berasaskan bidang sukan terutama di negara-negara maju telah lama berkembang dan menjadi salah satu bidang yang menyumbang kepada lonjakan sosioekono­mi masyarakat.

“Oleh itu, kerajaan melihat bahawa bidang ini mampu maju dan berpotensi sebagai salah satu cara menjana pendapatan serta dijadikan kerjaya bagi golongan yang berbakat dalam bidang ini.

“Justeru bagi menyokong matlamat ini, kerajaan sentiasa membina dan memantapka­n lagi segala bentuk kemudahan yang berkaitan dengan sukan ini agar matlamat melahirkan belia cergas dan sihat dapat dibentuk pada tahap yang telah disasarkan,” tegas Huang.

Turut serta pada lawatan kerja itu ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Wong Zee Yeng, anggota Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei dan beberapa ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? KEMUDAHAN SUKAN: Huang (tiga kiri) melakukan tinjauan kerja ke tapak pembinaan stadium bola keranjang terbabit di Jalan Meranti, Sarikei.
KEMUDAHAN SUKAN: Huang (tiga kiri) melakukan tinjauan kerja ke tapak pembinaan stadium bola keranjang terbabit di Jalan Meranti, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia