Utusan Borneo (Sarawak)

SHOSA terus giat menyumbang kepada SHS

-

SIBU: Meskipun sudah lama meninggalk­an alam persekolah­an, alumni bekas pelajar Sekolah Sacred Heart (SHS) terus aktif memberi sumbangan dan menjalanka­n tanggungja­wab social kepada pihak sekolah.

Menerusi projek ketiga sempena ulang tahun sekolah ke-120, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sacred Heart (SHOSA) telah menaik taraf sistem audio dewan sekolah yang berusia hampir dua dekad.

Setiausaha Eddy Puah yang mengetuai projek itu berkata, sekolah tersebut bertuah kerana mempunyai ramai bekas pelajar yang sentiasa komited untuk memajukan pendidikan dan kemudahan di situ.

“Hari ini menandatan­gani kontrak menaik taraf sistem audio dengan Agape Electrical Engineerin­g Sdn Bhd dengan projek dikenali sebagai ‘Give Sacred Heart Back Its Voice’.

“Kejayaan projek ini berkat semangat kerjasama bekas pelajar sekolah yang mahu memajukan pendidikan dan kemudahan sekolah.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan­nya,” jelasnya.

Bekas pelajar daripada 21 tahun yang berbeza berkumpul untuk membantu sekolah mereka iaitu dari kelas 1973, 1974, 1977, 1978 dan 1979 manakala kelas tahun 80-an mendapat sokongan daripada setiap kumpulan dalam dekad itu.

Kumpulan yang lebih muda daritahun1­990,1992,1993,1999 serta dari kelas tahun 2002 dan 2004 turut menyumbang kepada projek ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Yong King Sung melahirkan rasa lega kerana projek itu dapat berjalan dengan lancar.

Beliau berterima kasih kepada kontraktor yang telah melaksanak­an projek dengan jayanya setelah melalui proses tender ketat.

Pengarah Urusan Agape Electrical Engineerin­g Sdn Bhd Lee Chang Fong mengakui proses projek jauh lebih ketat disebabkan jawatankua­sa tender dianggotai barisan peguam, akauntan, ‘audiophile’ dan orang korporat yang memandang serius usaha mereka.

“Saya memahami mengapa SHOSA begitu spesifik dan teliti kerana ahli-ahlinya hanya ingin memberikan yang terbaik untuk sekolah mereka,” katanya.

Kerja menaik taraf dijangka siap pada akhir Jun.

SHS ditubuhkan pada 1902 dan dijadualka­n mengadakan sambutan ulang tahun ke-120 pada suku terakhir tahun ini.

Hadir sama pada majlis menandatan­gani kontrak ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart David Teo Wu, Naib Presiden Anthony Chan dan Ignatius Lau, Bendahari Lau Tiew Kiong dan ahli jawatankua­sa Wong Ing Ang.

 ??  ?? TERMETERAI: Yong yang diapit Puah (duduk dua kanan) mewakili SHOSA menandatan­gani kontrak dengan Lee sambil disaksikan David (duduk, kiri) serta yang lain baru-baru ini.
TERMETERAI: Yong yang diapit Puah (duduk dua kanan) mewakili SHOSA menandatan­gani kontrak dengan Lee sambil disaksikan David (duduk, kiri) serta yang lain baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia