Utusan Borneo (Sarawak)

MPS merancang adakan Earth Hour bersama semua PBT, 27 Mac 2022

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) merancang untuk mengadakan Earth Hour pada 27 Mac 2022 bersama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri untuk mencapai penglibata­n lebih ramai orang ke arah usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Pengerusin­ya Clarence Ting mengemukak­an cadangan tersebut pada sesi siaran langsung Facebook dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian malam kelmarin.

Sesi turut disertai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng dan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

“Saya telah mengambil inisiaif untuk mengatakan bahawa kami (MPS) akan menganjurk­an acara ini pada tahun depan. Jadi, bersiaplah dan kami di Sibu ingin menunjukka­n kepada orang di seluruh Sarawak betapa sedarnya kami tentang pemulihara­an alam sekitar.

“Bagaimana kami mencintai alam sekitar dan tanggungja­wab untuk menjaga kebersihan di Sibu,” katanya dalam ucapan perasmiann­ya pada Sibu Virtual Earth Hour menerusi siaran langsung Facebook.

Program Sibu Virtual Eart Hour itu dianjurkan oleh MPS bersama Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Sibu.

Ting menekankan bahawa penting kepada orang ramai untuk mengambil langkah pertama untuk mengakui pentingnya pemulihara­an alam sekitar.

Sebagai contoh Earth Hour, lampu dipadamkan selama satu jam adalah permulaan yang baik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Kami berharap generasi muda akan belajar daripada simbolik ini dan tertarik untuk melakukan usaha memelihara alam sekitar,” ujarnya yang berharap lebih ramai orang di Sibu akan mengambil bahagian dalam program ini pada tahun-tahun akan datang.

Terdahulu, Ting berkata program Earth Hour Sibu kali pertama diadakan pada 2009.

Pada 27 Mac setiap tahun, dari jam 8.30 malam hingga jam 9.30 malam, orang ramai di seluruh dunia akan mematikan lampu selama satu jam untuk melambangk­an komitmen mereka kepada bumi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Komuniti Sosial MPS Kaunselor Zaiton Abdul Kader berharap program itu dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk Sibu untuk memelihara alam sekitar.

“Bagi saya, ini bukan hanya simbolik kepada peristiwa tetapi janji untuk melestarik­an alam sekitar dan bumi,” jelasnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pasar dan Penjaja Kecil MPS Kaunselor Albert Tiang menyeru kepada orang ramai melalui Earth Hour untuk belajar bagaimana melindungi bumi.

“Kami berharap melalui kempen ini, semakin ramai orang dapat berganding bahu dengan MPS untuk terus menjadikan Sibu tempat yang lebih selamat, bersih dan hijau untuk didiami,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kawalan Bangunan dan Pengindaha­n Bandar MPS Kaunselor Joseph Chieng berkongsi mengenai usaha menggantik­an lampu konvension­al di taman-taman di bawah bidang kuasa MPS dengan lampu penjimatan tenaga LED untuk memulihara alam sekitar.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam MPS, Kaunselor Jenny Ting menekankan perlunya terus mengekalka­n amalan 5R (menolak, mengurangk­an, memperbaik­i, menggunaka­n semula dan mengitar semula) untuk memanjangk­an jangka hayat tapak pelupusan.

“Kita dapat melakukan pengasinga­n sampah dan kompos rumah antara lain, untuk mengurangi jumlah sampah di tempat pembuangan sampah,” ujarnya.

Turut melakukan perkongsia­n pada siaran langsung itu ialah Timbalan Pengerusi MPS Kaunselor Bujang Abdul Majid, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam Kaunselor Rhoda Ting, Presiden JCI Sibu Mike Yong, ketua masyarakat Kapitan Connie Loh dan Pengerusi Persatuan Perlindung­an Alam Sekitar Sibu Patrick Ling.

Earth Hour pertama diilhamkan di Sydney, Australia pada 31 Mac 2007 apabila lebih dua juta penduduk Sydney dan lebih 2,000 perniagaan memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam.

 ??  ?? PEMULIHARA­AN: Gambar menunjukka­n selepas lampu dipadamkan di Pintu Gerbang Sibu sempena Earth Hour malam kelmarin.
PEMULIHARA­AN: Gambar menunjukka­n selepas lampu dipadamkan di Pintu Gerbang Sibu sempena Earth Hour malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia