Utusan Borneo (Sarawak)

BPSB jayakan operasi eksport tangki LNG ISO

205 unit tangki dimuatkan dalam kapal Tiger Gas Fan Zhou 6 menuju Pelabuhan Longkou, Shandong, China

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Gabungan dinamik pengalaman Pelabuhan Bintulu selama 38 tahun dalam pengurusan LNG, lokasinya bersebelah­an dengan terminal LNG ketiga terbesar di dunia dalam satu lokasi dan kehadiran Terminal Kontena Antarabang­sa Bintulu (BICT) dengan perkhidmat­an yang boleh dipercayai adalah kelebihan strategik yang akan mendorong Pelabuhan Bintulu menjadi

” hab operasi tangki LNG ISO di Asia.

BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) meraih kejayaan operasi eksport tangki LNG ISO dari Terminal Kontena Antarabang­sa Bintulu (BICT) pada Khamis lalu dengan menggunaka­n satu unit Quay Crane yang disokong bukan hanya kakitangan berpengala­man malah armada Reach Stackers dan Terminal Tractor Trailer khusus.

Sejumlah 205 unit tangki LNG ISO berjaya dimuatkan ke dalam kapal Tiger Gas Fan Zhou 6 menuju Pelabuhan Longkou di wilayah Shandong, China.

Untuk memperinga­ti peristiwa bersejarah itu dan disebabkan kawalan sekatan pergerakan yang dilaksanak­an di seluruh dunia, BPSB mengadakan Majlis E-Peringatan­nya secara dalam talian.

Menyertai acara itu dari Shanghai, Tiger Clean Energy Ltd (TCEL) yang dipimpin Pengerusin­ya Gerry Wang, pemilik dan pengendali kemudahan pengisian tangki LNG ISO yang baharu ditugaskan bersebelah­an Kompleks LNG Petronas Bintulu.

Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) pula diketuai Pengurus Besar Zulkurnain Ayub dan acara diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Petronas Pemasaran dan Perdaganga­n LNG Shamsairi M Ibrahim serta Kumpulan Syarikat LNG Malaysia dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas LNG 9 Sdn Bhd Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi yang menyaksika­n dan menyampaik­an pujian mereka atas kejayaan memulakan operasi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port

Datuk Mohammad Medan Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB

Holdings Berhad (BPHB) Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, operasi eksport tangki LNG ISO tepat pada masanya yang mana permintaan global untuk gas asli cecair (LNG) diramal berkembang pesat pada masa depan.

“Gabungan dinamik pengalaman Pelabuhan Bintulu selama 38 tahun dalam pengurusan LNG, lokasinya bersebelah­an dengan terminal LNG ketiga terbesar di dunia dalam satu lokasi dan kehadiran Terminal Kontena Antarabang­sa Bintulu (BICT) dengan perkhidmat­an yang boleh dipercayai adalah kelebihan strategik yang akan mendorong Pelabuhan Bintulu menjadi hab operasi tangki LNG ISO di Asia,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kejayaan operasi eksport tangki LNG ISO bukan sahaja akan menjamin kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan pertama di Malaysia yang mengekspor­t tangki LNG ISO dalam skala besar tetapi juga akan menjadi pengubah untuk mendorong jumlah kontena Pelabuhan Bintulu yang berpotensi dalam membantu pertumbuha­n terbesarny­a dalam pengendali­an kontena sehingga kini.

“Untuk melengkapk­an armada operasi kontena yang ada dan menyokong operasi pengendali­an tangki LNG ISO, BPSB akan menambah satu unit baharu Quay Crane.

“Sejajar dengan jangkaan pertumbuha­n jumlahnya berdasarka­n pengambila­n yang dirancang oleh TCEL pada tahun-tahun mendatang, BPSB berhasrat melaksanak­an rancangan pengembang­an jangka panjangnya untuk memastikan sasaran produktivi­ti dan petunjuk prestasi utamanya (KPI) mendukung pertumbuha­n tersebut,” katanya.

Katanya, Kumpulan BPHB yakin usaha gigih semua pihak selama bertahun-tahun bukan sahaja membawa kepada pengwujuda­n Bintulu sebagai hab tangki LNG ISO yang signifikan di rantau ASEAN, tetapi juga akan meletakkan keutamaan kepada aspirasi tangki terminal LNG ISO di peringkat global.

 ??  ?? LANCAR: Ketua Pegawai Operasi BPSB Yusof Ibrahim (lima kanan) bersama pasukan operasi dan pengurusan BPSB menyaksika­n operasi memuat tangki LNG ISO.
LANCAR: Ketua Pegawai Operasi BPSB Yusof Ibrahim (lima kanan) bersama pasukan operasi dan pengurusan BPSB menyaksika­n operasi memuat tangki LNG ISO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia