Utusan Borneo (Sarawak)

Putra Bakti Medicultur­e pupuk kemahiran insaniah masyarakat

-

BINTULU: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara sedikit sebanyak dilihat memberi impak kepada kehidupan seharian penduduk negara ini, namun kita perlu akur dalam usaha kerajaan khususnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam negara.

Keterbatas­an penduduk negara ini untuk bebas bergerak dan keadaan yang mengkehend­aki semua orang untuk kekal duduk di rumah dilihat telah memberi kesan langsung kepada kesihatan psikologi masyarakat.

Namun senario ini juga secara tidak langsung memberi sinar baharu apabila arah aliran (trend) pertanian bandar atau berkebun di rumah semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Melihat kepada perkara itu, pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2) Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021 Universiti Putra

Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak dengan kerjasama ‘Project Youth Leadership & Entreprene­urship (YLE): UPMKBTEGAS Smart Partnershi­p’ telah menganjurk­an Program Putra Bakti Medicultur­e.

Tujuannya adalah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kebaikan berkebun sebagai terapi, kaedah penjagaan dan kaedah penanaman yang betul dan bersesuaia­n selaras dengan teknologi pertanian masa kini.

Program ini turut menyentuh aspek dan isu berkaitan kesihatan awam seperti penyakit rabies, keunikan anak-anak autisme dan permasalah­an dalam keluarga toksik.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuat kuasa dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19, program ini telah dilaksanak­an melalui kaedah alternatif iaitu secara dalam talian (Webinar).

Pengarah programnya Muhammad Ilham Jaidin berkata, pendidikan kesihatan dan pertanian menjadi fokus utama dalam program ini dan pengenalan tentang teknologi pertanian iaitu kaedah penanaman tanpa tanah dan pendedahan kepada jenis-jenis penyakit berkaitan tanaman dilihat mampu menarik minat masyarakat untuk bergiat aktif dalam bidang pertanian.

Selain itu katanya, aktiviti pertanian boleh dijadikan sebagai terapi untuk minda dan rohani sekali gus berharap segala ilmu yang dikongsika­n sepanjang program ini dapat diaplikasi­kan dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Program yang diadakan pada 20 dan 21 Mac lalu merangkumi enam slot seminar yang menampilka­n penceramah berpengala­man daripada pelbagai bidang seperti ‘Risalah Rabies! Penasaran?’ oleh Ketua Bahagian Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu Dr Naziah Muntil, ‘I am Unique’ oleh Ahli Terapi Pertuturan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Asma Fatimah Rasli, ‘Sempurna Belum Tentu Bahagia’ oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaa­n, Pengurusan dan Sains UPMKB Dr Yasmin Yaccob.

Selain itu, ‘3-in-1 Agricultur­e’ oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Dr Shiamala Devi, ‘Berkebun Terapi Minda’ oleh Pensyarah

Kanan, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaa­n, Pengurusan dan Sains UPMKB Dr Ismawati Sharkawi dan ‘Penyakit

Tanaman, Mari Kita Lihat’ oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Dr Kwan Yee Min.

Dalam pada itu, Penasihat Program merangkap Fasilitato­r Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2) Dr Suhaili Mustafa berkata, penganjura­n program seperti ini memberi impak berkesan kepada pelajar bagi memantapka­n kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran kerja berkumpula­n, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, nilai etika dan sebagainya.

“Kemahiran seperti ini amat penting untuk para pelajar dalam menempuh alam pekerjaan nanti dan hanya boleh diperoleh melalui penganjura­n program seperti ini dan bukan dalam kelas semata-mata,” jelasnya.

Beliau berkata, pengelolaa­n program menggunaka­n platform webinar seperti ini sangat baik, memberi impak yang efektif dalam menyampaik­an maklumat dan kesedaran kepada masyarat kerana jaringan peserta akan lebih meluas.

Tambahnya, hal ini dapat dilihat dengan jumlah capaian akumulatif 650 peserta untuk keenam-enam seminar yang mana kesemuanya dari pelbagai daerah dan negeri.

 ??  ?? SOKONGAN: Para pelajar UPMKB sebagai penggerak utama seminar Program Putra Bakti Medicultur­e.
SOKONGAN: Para pelajar UPMKB sebagai penggerak utama seminar Program Putra Bakti Medicultur­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia