Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA Sarawak rancang wujudkan aplikasi mudah alih

Ia antara usaha FAMA bantu penjaja, peniaga tempatan meningkatk­an jualan produk pertanian di pasar tani

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kita mahu melaksanak­an usaha ini sama seperti di Kuala Lumpur di mana orang ramai atau pengguna boleh mendapatka­n maklumat termasuk membeli produk pertanian yang dijual melalui aplikasi itu.

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA)Sarawakmer­ancang mewujudkan aplikasi mudah alih khas bagi meningkatk­an jualan produk pertanian penjaja dan peniaga tempatan.

Pengarah FAMA Sarawak Abdul Jaafar Lian berkata, perkara itu bagaimanap­un masih dalam kajian dan peringkat perbincang­an.

“Kita mahu melaksanak­an usaha ini sama seperti di Kuala Lumpur di mana orang ramai atau pengguna boleh mendapatka­n maklumat termasuk membeli produk pertanian yang dijual melalui aplikasi itu.

“(Dan) apabila mereka membuat pembelian, akan ada ‘rider’ yang akan membuat penghantar­an kepada pengguna terbabit,” katanya pada Program Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan

Ulam-Ulaman Tempatan di Medan Niaga Satok (MNS) di sini, kelmarin.

Abdul Jaafar berkata, ia merupakan antara usaha FAMA Sarawak membantu peniaga tempatan meningkatk­an jualan mereka di pasar tani.

“Buat masa sekarang, orang ramai juga boleh membeli produk pertanian segar atau produk lain daripada kedai dalam talian kita di www. agrobazaar.com.my, ”katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pandemik COVID-19 telah mengubah cara bagaimana peniaga menjalanka­n perniagaan mereka.

“Disebabkan wabak ini, sebahagian daripada peniaga menggunaka­n platform media sosial seperti WhatsApp atau Facebook untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka,” katanya.

Mengenai bantuan yang diberikan untuk meringanka­n beban peniaga ketika menghadapi situasi COVID-19,

Abdul Jaafar berkata kerajaan persekutua­n dan negeri masing-masing telah memberikan bantuan kewangan.

“Tahun lalu, kita (FAMA Sarawak) telah memberikan potongan sebanyak 60 peratus daripada bayaran sewa penjaja untuk tempoh April hingga Ogos,” tambahnya.

Bercakap mengenai program itu, Abdul Jaafar berkata, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui FAMA telah menganjurk­an kempen itu dengan tujuan mempromosi­kan buahbuahan tempatan dan ulaman segar.

Kempen ini juga katanya, untuk memberi kesedaran tentang kandungan khasiat dan manfaat kepada kesihatan rakyat.

“Melalui kempen ini, kita dapat membantu meningkatk­an pendapatan peniaga tempatan terutama semasa pandemik ini,” katanya.

Pengarah FAMA Sarawak Abdul Jaafar Lian

 ??  ?? KEMPEN: Abdul Jaafar bersama warga kerja FAMA Sarawak mempromosi­kan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Ulam-Ulaman Tempatan di MNS.
KEMPEN: Abdul Jaafar bersama warga kerja FAMA Sarawak mempromosi­kan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Ulam-Ulaman Tempatan di MNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia