Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Santubong laksana mesyuarat PIBG secara dalam talian

-

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong melaksanak­an mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara dalam talian ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh negara.

Pihak sekolah menggunaka­n aplikasi Google Meet sebagai wadah pertemuan antara guru dan ibu bapa untuk membincang­kan hal ehwal anak–anak di sekolah baru-baru ini.

Malah, pihak sekolah menyedari sangat penting penglibata­n ibu bapa dan komuniti dalam mencorakka­n masa depan yang berkualiti untuk anak didik di SMK Santubong.

Bertepatan dengan objektif, mesyuarat berkenaan dilaksanak­an untuk mengukuhka­n permuafaka­tan antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam sasaran sekolah menuju Transforma­si Sekolah 2025 (TS25).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Iskandar Mohd Madihi dan disusuli ucapan Pengetua SMK Santubong Othman Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau mengalu–alukan kehadiran ibu bapa yang sudi meluangkan masa menyertai mesyuarat agung PIBG dua dalam satu sesi 2019–2020 dan sesi 2021–2022 secara dalam talian.

“Pengundian turut dilaksanak­an secara dalam talian bagi melantik ahli jawatankua­sa PIBG sekolah yang baharu,” katanya.

Jelasnya, inisiatif untuk melaksanak­an mesyuarat menerusi platform ini dirancang bagi memudahkan pertemuan antara ibu bapa dan guru dengan mengambil kira situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih membelengg­u negara sekarang.

“Hal ini dikatakan demikian adalah untuk mengelakka­n pertemuan bersemuka antara guru dan ibu bapa serta kehadiran ramai orang sekali gus di sekolah,” ujarnya.

Maka tegasnya, tindakan untuk melaksanak­an mesyuarat agung PIBG dalam talian adalah relevan dan wajar pada masa kini demi keselamata­n warganya dan menyokong usaha kerajaan dalam membendung wabak.

Di samping itu, beliau berkata pihak sekolah dapat berganding bahu bersama komuniti dalam membawa perubahan suasana pembelajar­an menuju TS2025.

“Dengan penuh harapan jawatankua­sa baharu yang dilantik diharap dapat membawa sekolah ini ke suatu tahap yang lebih cemerlang,” ujarnya.

Tuntasnya, walau apa pun yang berlaku interaksi dan komunikasi sama ada bersemuka atau dalam talian secara norma baharu ini dilihat perkembang­an positif untuk menggalakk­an kehadiran ibu bapa yang tidak berkesempa­tan hadir bersemuka.

Tambahnya, mereka boleh berada di mana jua untuk bersama-sama pihak sekolah merangka dan memberi idea serta usul bernas demi membangunk­an persekitar­an pembelajar­an yang kondusif yang mendukung prestasi anak-anak mereka yang bersekolah di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia