Utusan Borneo (Sarawak)

9 Briged laksana mesyuarat panglima di Kem Sri Miri

-

SIBU: Briged Kesembilan Infantri Malaysia telah melaksanak­an Mesyuarat Panglima 9 Briged Siri 1/2021 pada 25 dan 26 Mac lalu di Wisma Perwira 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Miri.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan Panglima 9 Briged Brigadier Jeneral Shamshor Jaafar dan dihadiri Pegawai Memerintah 91 UPKAT Pegawai Staf 1 Log MK 1 Div dan semua pegawai memerintah/pemerintah serta pegawai staf di bawah naungan 9 Briged.

Mesyuarat tersebut juga katanya, dilaksanak­an bertujuan mengenal pasti permasalah­an yang wujud dan mencari jalan penyelesai­an serta merangka pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan 9 Briged tetap unggul.

Shamshor dalam ucapan perasmiann­ya telah menyeru kepada semua ahli mesyuarat agar membudayak­an ‘Together We Make Things Happen’ dan ‘Challenge The Status Quo’ berlandask­an perintah ulung Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Panglima Tentera Darat (PTD) serta mengamalka­n makna setiap abjad yang terkandung dalam motto ‘Tetap Unggul’.

Beliau turut menekankan kepentinga­n aspek ‘Knowledge, Skill & Attitude’ kepada setiap pegawai dan anggota dalam setiap penugasan yang dilaksanak­an.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an agar setiap lapisan pegawai dan anggota mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan pengarahan semasa kerajaan bagi memutuskan rantaian

COVID-19.

Turut diadakan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Aset Kerajaan Siri 1/2021 serta Mesyuarat

Jawatankua­sa Pengurusan Kewangan dan Akaun Siri 1/2021.

Mesyuarat telah diakhiri dengan acara penyampaia­n peruntukan Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) kepada pegawai memerintah dan pegawai pemerintah.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: Barisan ahli jawatankua­sa baharu Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Santubong pimpinan Abdul Rasid Bujang selaku Yang Dipertua.
TANGGUNGJA­WAB: Barisan ahli jawatankua­sa baharu Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Santubong pimpinan Abdul Rasid Bujang selaku Yang Dipertua.
 ??  ?? BINCANG: Shamshor (kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Panglima 9 Briged Siri 1/2021 di Miri, baru-baru ini.
BINCANG: Shamshor (kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Panglima 9 Briged Siri 1/2021 di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia