Utusan Borneo (Sarawak)

AMCT RPR Kidurong anjur aktiviti bersama kakitangan RTM Bintulu

-

BINTULU: Al-Mustaqim Cycling Team (AMCT) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong berpeluang mengadakan aktiviti kayuhan santai-santai bersama kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Cawangan Bintulu di sini, kelmarin.

Seramai 20 ahli diketuai Pengerusin­ya Bahren Rani menjalanka­n aktiviti itu yang amat bermakna bagi kelab berbasikal berkenaan yang masih aktif menjalanka­n pelbagai aktiviti.

Menurut Bahren, kayuhan bermula dari Masjid AlMustaqim RPR Kidurong ke Jalan Pantai Tanjung Batu, seterusnya menuju ke Bintulu Paragon dan kemudian kembali semula ke Masjid AlMustaqim RPR Kidurong mengikut laluan sama.

“Ini merupakan satu aktiviti sihat bagi semua ahli kelab yang terdiri daripada kariah Masjid Al-Mustaqim dan semua prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dipatuhi seperti garis panduan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada tahun lepas katanya, AMCT bersama Cyclist Supply & Otostabil Sdn Bhd telah berjaya menganjurk­an aktiviti `Juhh Kayuh 2020,

Bintulu-Mukah 130km’ ke bahagian Mukah.

“Penganjura­n program itu berjaya menarik minat lebih kurang 100 peserta jemputan daripada pelbagai kelab berbasikal di sekitar bahagian Bintulu,” katanya.

Jelasnya, antara aktiviti lain anjuran AMCT adalah apabila seorang ahlinya, Tinggal Lamudin, 74 atau lebih dikenali sebagai Pakcik Awang Tinggal berjaya melakukan kayuhan basikal ke Miri melalui Jalan Pesisir BintuluMir­i sejauh 270 kilometer (km) selama 13 jam.

“Tahun lepas (2020) AMCT juga banyak melaksanak­an kerja amal, antaranya, penyerahan sumbangan amal berbentuk barang kegunaan semasa pendemik COVID-19 kepada sekolah tahfiz di bahagian Mukah, membersih Tanah Perkuburan Islam Kemunting bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu dan pembersiha­n Pantai Tanjung Batu bersama JAIS Bintulu,” ujarnya.

 ??  ?? ACARA SIHAT: Ahli AMCT dan kakitangan RTM Bintulu merakam kenangan semasa kayuhan santai ke Pantai Tanjung Batu, Bintulu.
ACARA SIHAT: Ahli AMCT dan kakitangan RTM Bintulu merakam kenangan semasa kayuhan santai ke Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia