Utusan Borneo (Sarawak)

BN putus bertanding sendirian PRU15: Ahmad Zahid

Tiada sebarang kerjasama membabitka­n Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan BERSATU

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), parti gabungan yang ditunjangi UMNO, memutuskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara bersendiri­an, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO berkata, parti terbesar orang Melayu itu turut memutuskan untuk mengekalka­n keputusan Majlis Tertinggi (MT) supaya tiada sebarang kerjasama membabitka­n Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (UMNO)... no Anwar, no DAP, no BERSATU. Tidak ada perbincang­an dengan mana-mana parti itu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunaka­n panji-panji Barisan Nasional,” katanya.

Menyampaik­an ucapan dasar presiden bertajuk ‘Kestabilan UMNO Kesejahter­aan Malaysia’ pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), yang turut diadakan secara maya di 190 Bahagian UMNO di seluruh negara semalam.

Perhimpuna­n tahunan dua

hari yang dihadiri kira-kira 2,600 perwakilan itu bermula dengan perhimpuna­n agung sayap parti - Wanita, Pemuda, Puteri kelmarin, dalam suasana norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak COVID-19.

Perasmian perhimpuna­n UMNO itu dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswara­n, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Presiden serta wakil sekutu dalam Muafakat Nasional iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalanny­a Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta wakil ‘Friends of BN’.

Dalam ucapan yang berterus terang, Ahmad Zahid berkata UMNO perlu bangkit dan menjadi dominan semula dengan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15 untuk membolehka­nnya kembali memimpin kerajaan.

Mengingatk­an semua anggota parti mengenai ‘reset’ politik yang telah berlaku dan sedang berlaku, Presiden UMNO itu berkata BN selepas itu akan menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, biarpun tanpa perundinga­n dengan manamana pihak, UMNO terbuka untuk mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ demi kestabilan politik negara dan keharmonia­n seperti yang diimpikan rakyat.

“UMNO sangat terbuka untuk melakukann­ya selepas PRU15 nanti, namun terlebih dahulu UMNO wajib terus direlevank­an dan mendominas­i politik tanah air. Justeru, kita perlu dominan, baharulah kita relevan,” katanya.

Ahmad Zahid mengulangi bahawa sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN terhadap pembentuka­n kerajaan

Perikatan Nasional (PN) selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah secara ‘en bloc’ (keseluruha­n) dan ada tempoh jeda waktunya.

Menyentuh kerjasama politik Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjema­h piagam dan perjanjian persefaham­an yang dimeterai kedua-dua parti berkenaan pada September 2019.

“Piagam Muafakat Nasional yang termeterai belum sampai ke penghujung­nya. Namun, belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kaki kita mesti berpijak di tapak yang sama. Tapak yang berbeza tidak menjanjika­n sebarang keberuntun­gan apatah lagi, pertambaha­n kerusi,” katanya.

Beliau berkata permuafaka­tan itu yang terbukti dalam tujuh pilihan raya kecil selepas PRU14 telah mendapat sokongan padu dan diyakini ia akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.

Ketika ini Ahmad Zahid berkata UMNO, yang diasak dari luar dan dalam parti, menuntut semua ahlinya untuk bersatu padu kerana ia merupakan asas kepada keteguhan organisasi UMNO

“Kita amat bimbang jika kita terlalu meraikan perbezaan pendapat sehingga membuka ruang perpecahan dalam kalangan ahli-ahli UMNO, dan lebih parah lagi sekiranya setiap pemilik idea berkembang menjadi kabilah-kabilah yang akhirnya memecah-belahkan parti,” katanya.

Presiden UMNO itu berkata parti itu membawa suara rakyat dan konsisten memainkan peranan semak dan imbang, khususnya ketika rakyat terbeban serta berhadapan dengan kesan pandemik COVID-19.

“UMNO secara tradisinya adalah tempat rakat mengadu. ‘UMNO is for the rakyat to seek solace’. Inilah DNA UMNO,” katanya. — Bernama

Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (UMNO)... no Anwar, no DAP, no BERSATU. Tidak ada perbincang­an dengan mana-mana parti itu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunaka­n panji-panji Barisan Nasional.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Pengerusi BN

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Ahmad Zahid ketika hadir pada perasmian persidanga­n Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam. Turut hadir, Abdul Hadi (dua kiri), Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (empat kanan), Wee Ka Siong (tiga kanan) dan SA Vigneswara­n.
— Gambar Bernama HADIR: Ahmad Zahid ketika hadir pada perasmian persidanga­n Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam. Turut hadir, Abdul Hadi (dua kiri), Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (empat kanan), Wee Ka Siong (tiga kanan) dan SA Vigneswara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia