Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PN terus fokus bela rakyat di sebalik pelbagai usaha gugat kestabilan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak lebih setahun lalu bejaya menampilka­n kepimpinan, kebijakan dasar dan keikhlasan membela nasib rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda PN Muhammad Hilman Idham berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, namun pihak pentadbira­n terus fokus melaksanak­an inisiatif demi rakyat.

Beliau berkata, ini termasuk Pakej Rangsangan

Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA PRIHATIN), Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Pelbagai inisiatif ini telah berjaya memperkuku­h dukungan rakyat temasuk sokongan daripada AhliAhli Parlimen Pembangkan­g,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Hilman berkata, kestabilan kerajaan dan kecemerlan­gan pentadbira­n negara telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih apabila sejumlah RM164 bilion pelaburan melibatkan 4,599 projek diluluskan sepanjang tahun 2020.

Selain itu, katanya lebihan dagangan tahun lalu yang meningkat 26.9 peratus kepada RM184.79 bilion berbanding pada 2019 memberi keyakinan bahawa negara berada di landasan yang kukuh dalam usaha mencerdask­an ekonomi.

“Pemuda PN yakin, cadangan penggubala­n Dasar Pelaburan Baharu yang memberi keutamaan kepada pelaburan berkualiti tinggi akan meningkatk­an daya saing ekonomi negara seterusnya menjadi pemangkin ke arah membangunk­an Malaysia sebagai negara berpendapa­tan tinggi lima tahun akan datang.

“Perikatan Nasional akan terus istiqamah membudayak­an politik khidmat demi membela nasib dan kebajikan rakyat di saat negara masih bergelut dengan krisis COVID-19,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia