Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan di masjid akan beri lebih peluang kepada peniaga

-

IPOH: Penganjura­n bazar Ramadan di kawasan masjid negeri ini seperti dicadangka­n Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memberi ruang kepada peniaga yang gagal memperoleh tapak niaga sedia ada.

Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak, Suhaimi Derais berkata ini kerana pihaknya menerima banyak keluhan daripada ahli persatuan yang kebiasaann­ya berniaga di bazar Ramadan setiap tahun tidak memperoleh tapak niaga pada tahun ini berikutan ruang gerai yang terhad kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Dua tahun lalu, kira-kira 500 ahli persatuan ini dapat berniaga di empat bazar Ramadan iaitu di Medan Gopeng, Stadium Perak, Taman Semarak di Pasir Putih dan Taman Chandan Desa di Simpang Pulai.

“Pada pendapat saya eloklah diadakan bazar Ramadan di masjid kerana sekurangku­rangnya bantu peniaga mencari rezeki namun sekiranya tiada halangan serta baik untuk umat Islam dan bergantung pada keadaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, setakat ini hanya kira-kira 400 peniaga yang berdaftar di bawah persatuann­ya dapat menyertai keempat-empat bazar Ramadan berkenaan berikutan Majlis Bandaraya Ipoh mengurangk­an sebanyak 40 peratus ruang gerai bagi mengelakka­n kesesakan.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia menimbang cadangan JAIPk untuk membenarka­n penganjura­n bazar Ramadan di masjid di negeri itu bagi mengurangk­an kesesakan di bazar Ramadan sedia ada.

Saarani berkata, pihaknya perlu memperhalu­si cadangan itu terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebersihan dan peraturan sedia ada sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, peniaga Nofiyanti Nizarwan, 44, berkata penganjura­n bazar Ramadan di masjid selain boleh mengimarah­kan kawasan rumah ibadah umat Islam, ia juga diharap dapat membantu peniaga yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

“Sebelum ini saya berniaga nasi campur dan lauk untuk berbuka serta kuih-muih di bazar Ramadan di Behrang, Tanjung Malim namun tidak berniaga pada kali ini kerana bimbang dengan SOP dan hanya berniaga dari rumah dengan menyiapkan tempahan untuk dihantar kepada pelanggan mengikut permintaan,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berharap syarat berniaga di bazar Ramadan kawasan masjid tidak terlalu rumit hingga menyukarka­n peniaga mendapatka­n peluang mencari rezeki. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL:
Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein ketika ditemu bual media pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein ketika ditemu bual media pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia