Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut dan lima cedera penyerang bersenjata pisau di Vancouver

-

VANCOUVER: Seorang lelaki bersenjata­kan pisau menikam dan membunuh seorang wanita dan mencederak­an lima orang lagi di sebuah perpustaka­an di Vancouver pada Sabtu lepas, menurut pihak polis.

Pihak polis telah menahan seorang suspek, namun motif bagi serangan adalah masih belum diketahui, menurut Sarjan Frank Chang dari polis Vancouver.

Pihak polis menyatakan suspek telah dikatakan sebagai bertindak sendiri.

Pada petang Sabtu, mereka masih belum menyoal siasat dia dan tidak menyatakan namanya.

“Kami mengetahui, kami percaya bahawa kami tahu siapa, apa, di mana dan bila. Ia adalah tugas kami sekarang untuk menentukan kenapa,” menurut Chang.

“Kami masih belum bercakap dengan dia lagi, namun suspek kami telah mempunyai interaksi polis sebelum ini. Dia memiliki satu rekodjenay­ahlampau,”Chang memberitah­u wartawan di tempat kejadian jenayah.

Kejadian tikaman itu berlaku pada waktu tengah hari dan berhampira­n perpustaka­an di sebuah kawasan kejiranan mewah di bandar pantai Pasifik.

CTV menyiarkan satu rakaman video kelihatan menunjukka­n penahanan suspek, yang dilihat telah menikam dirinya sendiri di bahagian kaki sebelum jatuh dan ditangkap oleh beberapa anggota polis.

Seorang saksi Sheila

Dyson memberitah­u CTV beliau melihat seorang lelaki menikam seorang wanita. Tiada sebarang hubungan lain di antara mereka, dengan penyerang yang kelihatan menyerang secara rambang.

Andrew Cocking, yang tinggal 500 meter dari perpustaka­an, memberitah­u

AFP kawasan di mana serangan berlaku adalah biasanya sangat sunyi.

Perdana Menteri Justin Trudeau menyatakan dalam ciapannya ucapan takziah kepada mereka yang terlibat, menyatakan: “Hati saya sekarang berada di Vancouver Utara.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia