Utusan Borneo (Sarawak)

Johnson kecam serangan memalukan terhadap polis di Bristol

-

LONDON: Perdana Menteri British Boris Johnson pada Sabtu lepas mengecam “serangan yang memalukan” terhadap polis selepas malam ketiga bagi keganasan yang melanda bandar barat Bristol oleh penunjuk perasaan yang mengecam undang-undang jenayah yang baharu.

Pihak polis di Bristol memberkas 10 orang pada malam Jumaat lepas selepas apa yang mereka katakan sebagai “tindakan kejam” ketika protes, yang berkembang kepada 1,000 peserta meskipun larangan kerajaan terhadap perhimpuna­n besarbesar­an akibat pandemik koronaviru­s.

Tunjuk perasaan sebelum ini "Kill the Bill" di Bristol pada Ahad dan Selasa lepas turut bertukar menjadi ganas, dengan penunjuk perasaan menuntut bagi penarikan balik undang-undang tersebut, yang menurut pengkritik menyekat dengan teruk hak bagi protes secara aman.

“Malam semalam melihat serangan yang memalukan terhadap anggota polis di Bristol," Johnson menyatakan di dalam Twitter.

“Anggota polis kami tidak seharusnya berdepan dengan bata, botol dan bunga api yang dilontar ke arah mereka oleh sekumpulan penyangak yang berniat bagi keganasan dan menyebabka­n kerosakan harta benda,” kata beliau.

“Pihak polis dan perbandara­n mempunyai sokongan penuh saya.”

Penunjuk perasaan di Bristol telah menuduh polis bagi penggunaan kekerasan, dan memperolok­kan mereka selepas pihak polis tempatan terpaksa untuk mengakui bahawa ia tersilap ketika menyatakan pada mulanya beberapa anggota polis telah mengalami patah tulang pada Ahad lepas.

Bantahan selanjutny­a terhadap rang undangunda­ng berlaku pada Sabtu lepas di beberapa buah bandar British lain, meskipun pihak polis memberikan amaran agar orang ramai menjauhiny­a disebabkan oleh sekatan koronaviru­s.

Di bandar utara Manchester, polis menahan 18 orang yang telah menghalang landasan trem selepas kumpulan penunjuk perasaan lain telah pergi secara aman.

Sebelum itu, penunjuk perasaan telah berarak melalui pusat bandar, dan berlutut di depan sebuah mural George

Floyd, lelaki Afrika-Amerika yang mana kematianny­a di AS pada tahun lepas ketika ditahan polis mencetuska­n satu gelombang global bagi tunjuk perasaan Black Lives Matter.

Pihak polis di bandar pantai selatan Brighton berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah menghalang jalan raya di luar sebuah balai polis.

Orang ramai yang melaungkan slogan bertambah kepada 300 orang pada satu masa, namun telah bersurai pada lewat Sabtu, lapor akhbar Brighton The Argus. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia