Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas siasatan dibuka dakwaan gangguan seksual pegawai polis semasa SJR Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan seorang wanita berlaku gangguan seksual melalui perkataan tidak sopan oleh pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

Beliau berkata, pegawai polis itu telah membuat laporan polis berkenaan hantaran yang dimuat naik di Twitter oleh wanita terbabit kelmarin pada lebih kurang jam 1.35 petang dan menyatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Mohd Fadzil berkata pada hari yang sama, jam 6 petang, pemilik akaun Twitter itu yang berumur 28 tahun telah tampil membuat laporan polis dan mendakwa pada 27 Mac (kelmarin) lebih kurang 9 pagi, seorang pegawai polis telah membuat gangguan seksual terhadapny­a dengan menuturkan kata-kata yang tidak sopan semasa melalui SJR di Putrajaya.

“Menurut wanita tersebut, apabila beliau memaklumka­n sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman susu, beliau telah disoal dengan ayat ‘You perah sendiri ke susu tu?’ yang menyebabka­n rasa tidak selesa dan tidak puas hati sehingga beliau memuat naik hantaran di aplikasi Twitter,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd Fadzil berkata, siasatan awal dijalankan oleh pihak polis berhubung dakwaan pegawai polis yang menafikan telah mengeluark­an perkataan yang tidak sopan semasa menyoal wanita tersebut yang mendapati pegawai tersebut sebaliknya bertanyaka­n berkenaan produk susu tersebut dengan ayat ‘You buat sendiri ke susu tu?’

“Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga telah disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaiman­a dakwaan wanita tersebut,” katanya.

Justeru, Mohd Fadzil berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Walau bagaimanap­un, siasatan akan diteruskan setelah mendapat Perintah Penyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaiman­a peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah.

Kertas siasatan akan dilengkapk­an secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan menjalanka­n siasatan yang telus tanpa sebarang kompromi dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi tidak bertanggun­gjawab yang boleh menjejaska­n siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurka­nnya kepada Insp Muhamad Shamin Abul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068, Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia