Utusan Borneo (Sarawak)

PGA tahan dua tekong darat, lapan wanita Thailand

-

KOTA BHARU: Dua tekong darat serta lapan wanita Thailand ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas dan Tumpat pada 26 dan 27 Mac (Jumaat dan Sabtu).

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) Supt Nor Azizan Yusof berkata, kesemua wanita berusia 24 hingga 39 tahun yang ditahan itu dipercayai masuk melalui laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada jam 11 malam, Jumaat lepas, sepasukan anggota PGA yang membuat rondaan menahan sebuah Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dalam keadaan mencurigak­an di Kampung Kubang Kual, Pasir Mas.

Katanya, pemeriksaa­n yang dilakukan mendapati ada empat wanita Thailand di dalam kenderaan yang mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh.

“Pemeriksaa­n lanjut yang dilakukan mendapati wanita itu memasuki negara ini melalui pangkalan haram sekitar Rantau Panjang dan lelaki tempatan itu berperanan sebagai tekong darat membawa mereka ke lokasi tertentu.

Kesemua yang terlibat ditahan dan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian itu, Nor Azizan berkata pasukannya kemudian telah melakukan serbuan ke sebuah chalet di Kampung Paya Pasir dekat Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 5 pagi kelmarin.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun di hadapan sebuah chalet.

“Siasatan yang dilakukan membawa kepada penemuan empat wanita Thailand yang ditempatka­n di dalam sebuah chalet yang juga tidak mempunyai sebarang dokumen.

Kami juga turut merampas sebuah Honda City berdekatan lokasi kerana disyaki digunakan dalam kegiatan itu,” katanya.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua wanita Thailand tersebut dipercayai akan memenuhi sektor pekerjaan di negara ini ekoran kerajaan Malaysia telah melonggark­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sektor ekonomi negara telah dibuka sepenuhnya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia