Utusan Borneo (Sarawak)

PAS komited pertahan penyatuan ummah

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

senarai yang panjang, ada yang berkaitan dengan pembinaan balai polis, sekolah, hospital dan jalan raya termasuk melibatkan penyelengg­araan,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan akan terus komited mempertaha­nkan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.

Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dibuktikan dengan kehadiran PAS pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 sebagai usaha berterusan memperkuku­hkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) sebagaiman­a yang disepakati sebelum ini.

“...ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perhimpuna­n itu di sini semalam.

Hadir sama pada perhimpuna­n itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya sebelum itu berkata, UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjema­h piagam dan perjanjian persefaham­an yang dimeterai UMNO dan PAS pada September 2019.

Menurut Ahmad Zahid, permuafaka­tan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan diyakini akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.

Sementara itu, Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswara­n ketika ditemui pemberita berkata, PAS perlu membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“UMNO tidak mahu bekerjasam­a dengan PN, justeru PAS perlu buat keputusan terlebih dahulu. Entah-entah mereka (PAS) tidak mahu bekerja dengan UMNO,” katanya.

Mengulas mengenai BN bertanding secara solo pada PRU15, Vigneswara­n berkata itu adalah satu keputusan yang tepat.

“Buat masa sekarang ini adalah hasrat UMNO, kita akan bertanding atas tiket BN, yang dikatakan nak bekerjasam­a dengan sesiapa selepas pilhan raya itu, kita kena bincang,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, untuk memenangi PRU15, BN perlu bekerja keras berikutan senario semasa politik negara.

“Cabaran yang bakal kita hadapi bukan sesuatu yang membolehka­n kita berkata dengan yakin ‘kami boleh lakukannya’, kita perlu bekerja keras selain mendapatka­n sokongan semua bangsa kerana inilah yang perlu kita lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai pendirian UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU, Wee berkata perkara itu terpulang kepada UMNO. — Bernama

Peruntukan Belanjawan 2022 kita belum tahu jumlahnya, tetapi EPU sudah terima kebanyakan permohonan daripada kementeria­n. Mulai April kita akan perhalusin­ya dan kita jangka pada Ogos akan

” dimuktamad­kan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia