Utusan Borneo (Sarawak)

IAM, Etiqa Takaful sedia RM250,000 bantu calon UPSR luar bandar

-

PASIR MAS: Islamic Aid Malaysia (IAM), yang menjalin kerjasama dengan Etiqa Takaful, memperuntu­kkan RM250,000 bagi membantu meningkatk­an tahap pendidikan murid di luar bandar menerusi Program Bantuan Pendidikan Etiqa.

Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata, peruntukan daripada hasil zakat Etiqa Takaful itu dapat dimanfaatk­an oleh 300 murid di Kedah dan 100 murid di Kelantan sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, program berkenaan melibatkan program tuisyen yang akan bermula bulan depan sehingga Julai dengan sebanyak lima subjek teras untuk calon UPSR akan diberikan tumpuan.

“Bagi tahun ini,di Kelantan seramai 100 orang murid Tahun 6 yang kurang berkemampu­an dari dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Salor dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum dipilih untuk menerima bantuan ini sebagai persediaan mereka menduduki UPSR.

“Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya, setiap murid turut diberikan modul pembelajar­an serta buku latih tubi untuk membolehka­n membuat latihan serta rujukan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Bantuan Pendidikan Peringkat Negeri Kelantan di Pejabat Penggawa Daerah Salor, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zawahir berkata, projek jangka panjang ini juga turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolahsek­olah yang terlibat.

Katanya, pihaknya selaku badan bukan kerajaan (NGO) pelaksana akan mengendali­kan sertameman­tauprogram­berkenaan khususnya daripada segi pengagihan bantuan kewangan serta mendapatka­n maklum balas berkaitan prestasi kesemua murid yang terlibat.

Walaupun kita belum pasti sama ada UPSR dapat dilaksanak­an susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara, namun kita tetap teruskan perkara ini sebagai persediaan murid, katanya.

Beliau turut berkata, menerusi program yang dilaksanak­an sejak lima tahun lepas itu, ia sekali gus dapat meringanka­n beban keluarga murid yang terlibat terutamany­a ketika negara masih berhadapan situasi pandemik COVID-19.

Jelasnya, program itu juga menyediaka­n kemudahan makanan percuma sebelum bermulanya kelas tambahan bagi memudahkan murid mengikuti kelas tanpa perlu berulang alik ke rumah.

“Malah, bagi memantapka­n program ini, bengkel motivasi juga akan diadakan pada Ogos nanti sebelum pelajar menduduki UPSR,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Zawahir (tengah) menyerahka­n replika Bantuan Pendidikan Etiqa kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Salor, Rozman Mohd Zain (kanan) dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Abdul Rahim Abdullah pada Majlis Perasmian Program Bantuan Pendidikan Peringkat Negeri Kelantan di Pejabat Penggawa Daerah Salor di Pasir Mas, semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Zawahir (tengah) menyerahka­n replika Bantuan Pendidikan Etiqa kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Salor, Rozman Mohd Zain (kanan) dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Abdul Rahim Abdullah pada Majlis Perasmian Program Bantuan Pendidikan Peringkat Negeri Kelantan di Pejabat Penggawa Daerah Salor di Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia