Utusan Borneo (Sarawak)

OSB Global Resources sasar wujudkan 1,000 usahawan burger tahun ini

-

JOHOR BAHRU: Syarikat burger bumiputera, OSB Global Resources Sdn Bhd menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 1,000 usahawan burger di seluruh negara tahun ini terutama dalam kalangan belia dan yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif OSB Global Resources, Muhammad Dinie Mohamed berkata, bagi mencapai sasaran itu, pihaknya menawarkan ‘Pakej Bajet’ dan ‘Pakej Medium’ kepada usahawan yang berminat.

“Pakej Bajet berharga RM5,000, manakala Pakej Medium bernilai RM10,000. Pihak syarikat akan menyediaka­n gerai, peralatan, barangan, edompet, peranti dan bimbingan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata sehingga kini, syarikat yang diasaskan sejak 2014 bersama isterinya, Nur Khalijah Zaidan, itu telah berjaya mewujudkan 103 usahawan burger dengan 100 gerai burger di seluruh Johor dan tiga di

Melaka.

“Sebanyak 86 gerai burger diusahakan oleh usahawan bimbingan OSB Global Resources, manakala selebihnya diusahakan kakitangan syarikat ini,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia selama tujuh tahun.

Muhammad Dinie berkata, OSB Global Resources merancang untuk mengembang­kan perniagaan ke Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan selain mengukuhka­n jenamanya di Johor.

Sebagai rekod, syarikat berkenaan menamakan burger mereka sebagai Street Burger Official (SBO) dan pada 2017 ia ditukar nama kepada Official Street Burger (OSB).

Syarikat itu kini memiliki bangunan dengan mercu tanda sendiri iaitu Wisma OSB di Iskandar Puteri yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, Mohd Izhar berkata kerajaan negeri mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediaka­n pelbagai kemudahan geran perniagaan dan insentif bantuan kepada orang ramai khususnya yang mengalami pendapatan terjejas dan yang ingin memperoleh pendapatan tambahan berikutan pandemik yang melanda negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU USAHAWAN: Mohd Izhar (kanan) dan Muhammad Dinie menunjukka­n burger ayam dan lembu keluaran syarikat OSB Global Resources pada Perasmian Wisma OSB di Iskandar Puteri, semalam.
— Gambar Bernama BANTU USAHAWAN: Mohd Izhar (kanan) dan Muhammad Dinie menunjukka­n burger ayam dan lembu keluaran syarikat OSB Global Resources pada Perasmian Wisma OSB di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia