Utusan Borneo (Sarawak)

N. Sembilan kenal pasti empat lokasi denai sungai tarikan pelancong baharu

-

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti empat lokasi denai sungai untuk dijadikan sebagai tarikan baharu pelanconga­n negeri di bawah Program Denai Kebangsaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, empat denai sungai berkenaan terletak di Kuala Pilah, Tampin, Jempol dan Rembau melibatkan satu kilometer setiap daerah.

“Pada mulanya kami mencadangk­an 10 kawasan tapi kami mendapat empat lokasi itu...ini merupakan projek Kerajaan Persekutua­n jadi kerajaan negeri menyambut baik dan kami akan bermula di kawasan tersebut.

“Pembinaan denai sungai ini dicadangka­n merangkumi pembinaan laluan pejalan kaki, laluan berbasikal dan infrastruk­tur yang boleh dimanfaatk­an bagi penggunaan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas program perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Negeri

Sembilan Tahun 2021 di sini, kelmarin.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Razali Ab Malek dan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri S. Veerapan.

Aminuddin berkata, sehingga kini denai sungai sedia ada di negeri ini sepanjang 52.23 kilometer.

Sementara itu, mengenai projek Pelaburan Antarabang­sa

Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion beliau berkata kerjaan negeri telah menghantar surat kepada kerajaan negeri Melaka bagi memperhalu­si semula projek berkenaan sebelum mempersetu­jui perkara tersebut.

Bagaimanap­un beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan berkenaan projek berkenaan sekiranya ia dilaksanak­an di negeri Melaka.

“Kami tidak mempunyai

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Aminuddin (tengah) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan Ir Saari Abdullah (kiri) pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.
— Gambar Bernama FOKUS: Aminuddin (tengah) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan Ir Saari Abdullah (kiri) pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAYANGI SUNGAI KITA: Aminuddin ketika menyertai aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang susur Sungai Linggi pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.
— Gambar Bernama SAYANGI SUNGAI KITA: Aminuddin ketika menyertai aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang susur Sungai Linggi pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUMI HIJAU: Aminuddin (kanan) menyertai aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang susur Sungai Linggi pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.
— Gambar Bernama BUMI HIJAU: Aminuddin (kanan) menyertai aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang susur Sungai Linggi pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Nelayan Pengkalan Kempas di Port Dickson, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia