Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka Miami: Barty, Tsitsipas pamerkan prestasi cemerlang

-

MIAMI: Pemain wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty, kelihatan cergas ketika menang dua set ke atas Jelena Ostapenko pada kejohanan Terbuka Miami sementara pilihan kedua bahagian lelaki, Stefanos Tsitsipas, juga meneruskan kemaraan dengan menewaskan Damir Dzumhur pada Sabtu.

Barty, yang juga juara bertahan kejohanan, dinafikan lima mata set pada permainan terakhir set pertama sebelum akhirnya menang selepas 37 minit.

Ostapenko, bekas juara Terbuka Perancis tetapi kini berada pada ranking ke-54 dunia, mendahului 2-0 pada set kedua tetapi Barty, juara Terbuka Perancis pada 2019, menang enam permainan berturut-turut untuk meraih kemenangan 6-3 dan 6-2 dan mengelak dipaksa bertarung tiga set ketika menewaskan Kristina Kucova pada perlawanan pertama.

Dengan kemenangan itu, Barty akan bertemu pilihan ke-14 dari Belarus, Victoria Azarenka, yang menyingkir­kan pilihan ke-24 dari

Jerman, Angelique Kerber 7-5 dan 6-2.

Azarenka, yang bermain perlawanan pertama selepas mendapat laluan percuma dari pusingan pertama, mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­an diri.

Tetapi selepas ketinggala­n 1-4, beliau melakukan kebangkita­n memberangs­angkan untuk meraih kemenangan kesembilan dari 10 pertemuan menentang Kerber.

Ketika Barty melangkah selesa ke pusingan 16 akhir, kejohanan wanita kehilangan pemain ranking ketiga dunia,

Simona Halep dari Romania, yang menarik diri sebelum perlawanan menentang Anastasija Sevastova kerana kecederaan bahu.

Sevastova akan melangkah ke pusingan keempat tanpa bermain dan bertemu pemain ranking ke-388 Ana Konjuh dari Croatia, yang mengejutka­n pemain remaja Poland, Iga Swiatek, juara Terbuka Perancis tahun lepas, 6-4, 2-6 dan 6-2.

Dalam bahagian lelaki, Tsitsipas, pemain ranking kelima dunia dari Greece dan juga pilihan kedua kejohanan, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Damie Dzumhur dari Bosnia 6-1 dan 6-4.

Tsitsipas, naib juara di Acapulco minggu lepas, melakukan 10 dari 18 pukulan kemenangan dan hanya sembilan kesilapan mudah untuk menewaskan lawannya.

Tsitsipas akan bertemu pemain pilihan ke-28 dari Jepun, Kei Nishikori, yang menewaskan Aljax Bedene dari Slovenia 7-6(8/6), 5-7 dan 6-4. — AFP

 ??  ?? TSITSIPAS
TSITSIPAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia