Utusan Borneo (Sarawak)

Czech utuh di puncak Kumpulan E

Seri 1-1 dengan Belgium dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022

-

Kami mensiasiak­an beberapa peluang, semuanya kurang

” meyakinkan.

Roberto Martinez

Jurulatih Belgium

PRAGUE: Gol penyamaan Romelu Lukaku dalam separuh masa kedua membantu Belgium mengikat Republik Czech 1-1 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di sini pada Sabtu.

Satu mata itu mengekalka­n Czech di tangga teratas Kumpulan E dengan perbezaan gol berbanding Belgium.

Lukaku menjaringk­an gol pada minit ke-60 selepas melepasi kawalan Ondrej Celustka dan menewaskan penjaga gol Tomas Vaclik untuk gol ke-59 beliau dari 91 penampilan bersama Belgium, termasuk 19 gol dalam 16 perlawanan terakhir.

Lukas Provod meletakkan Czech di hadapan pada minit ke-50 dengan satu rembatan dari luar kotak penalti.

Kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan pemain yang bermain dalam liga di Jerman seperti Thomas

Meunier dan Thogan Hazard untuk Belgium dan kapten Czech, Vladimir Darida.

Mereka tidak diturunkan kerana bimbang mungkin terpaksa dikuaranti­n selepas kembali dari Czech – negara yang diletakkan dalam senarai berisiko tinggi COVID19 oleh Jerman.

“Kami mensia-siakan beberapa peluang, semuanya kurang meyakinkan,” kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez selepas perlawanan.

“Saya tidak fikir kami bermain seperti kebiasaann­ya dan juga kami berdepan dengan pasukan yang mempunyai rentak cemerlang ketika ini.

“Kami terpaksa menunjukka­n corak permainan yang berbeza, saya tidak fikir kami berada di tahap permainan biasa.”

Belgium, pasukan yang berada pada ranking nombor satu dunia, bermula memberangs­angkan tetapi rembatan Lukaku sedikit tersasar dan cubaan Dries Mertens ditepis Vaclick.

Czech hampir membuka jaringan pada minit ke-16 apabila penyerang Michael Krmencik berlari masuk ke kotak penalti dan rembatanny­a terkena palang gol Belgium.

Belgium terus menyerang tetapi gagal menewaskan Vaclik, yang menyelamat cubaan Leander Dendocker sebelum menepis tandukan Timothy Castagne dari jarak dekat.

Czech hampir menambah jaringan enam minit selepas gol Provod dalam separuh masa kedua apabila rembatan Jan Boril terkena palang tetapi Belgium berjaya mengikat kedudukan beberapa minit kemudian apabila Lukaku menyempurn­akan hantaran Kevin De Bruyne.

Czech hampir menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir tetapi bola tandukan Tomas Soucek berjaya ditendang keluar sebelum melepasi garisan gol oleh Toby Alderweire­ld.

Belgium memulakan kempen kelayakan dengan kemenangan 3-1 ke atas Wales pada Rabu lepas sementara Czech membelasah Estonia 6-2.

Belgium akan melayani kunjungan Belarus pada Selasa ini sementara Czech akan menentang Wales. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan E di antara Republik Czech dan Belgium di Prague.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan E di antara Republik Czech dan Belgium di Prague.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia