Utusan Borneo (Sarawak)

Kem latihan skuad Harimau Malaya dipendekka­n

-

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan telah menamatkan kem latihan pusat di Johor Bahru, dua hari lebih awal berbanding perancanga­n asal sehingga Selasa ini.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata kem selama sembilan hari itu dipendekka­n bagi memberi ruang kepada pemain berehat serta melakukan persiapan lebih awal bersama kelab masing-masing memandangk­an aksi liga seterusnya agak dekat.

Beliau berkata ketiadaan aksi persahabat­an antarabang­sa pada kem tersebut yang diadakan buat kali pertama sejak November 2019, turut mempengaru­hi keputusan tersebut.

“Saya berasa gembira melihat reaksi positif yang ditunjukka­n pemain dalam tempoh seminggu ini selepas setahun lebih kami tidak berkumpul bersama, selain komitmen tinggi yang ditunjukka­n biarpun telah mengharung­i jadual padat lima perlawanan Liga Super dalam tempoh dua minggu sebelum melapor diri.

“Walaupun kem dipendekka­n, ia tetap mencapai objektifny­a, iaitu saya dapat lihat pemain berjaya mengekalka­n corak permainan terutama dari segi taktikal, memahami cara pasukan kita bermain. Saya cukup berpuas hati,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kem latihan pusat bermula Isnin lepas adalah bagi mempersiap­kan skuad Harimau

Malaya menghadapi baki saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal diadakan secara karnival di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Malaysia dijadualka­n menyambung balik aksi kelayakan itu, yang terganggu lebih setahun akibat pandemik COVID-19, menentang UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata banyak perkara positif dapat dilihat dalam pasukan, terutamany­a pemain-pemain baharu yang cepat menyesuaik­an diri serta bekerjasam­a sebagai satu pasukan, selain persefaham­an dalam kalangan pemain yang baik.

“Saya harap, apabila kita berkumpul semula pada Mei nanti, para pemain dapat datang dengan keadaan cukup bersedia dan bebas daripada kecederaan supaya kita dapat fokus sepenuhnya untuk baki tiga perlawanan kempen kelayakan yang cukup penting.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia