Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal seri 2-2 dengan Serbia

-

PARIS: Gol kemenangan Cristiano Ronaldo pada minit kecederaan secara kontrovers­i tidak dibenarkan ketika Portugal mensia-siakan pendahulua­n 2-0 sebelum diikat Serbia 2-2 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada Sabtu.

Portugal kelihatan bakal membawa pulang tiga mata dari Belgrade apabila mendahului 2-0 menerusi dua gol pemain sayap, Diogo Jota dalam separuh masa pertama.

Namun kemasukan Nemanja Radonjic selepas rehat ternyata membuahkan hasil buat Serbia apabila beliau mengumpan bola kepada Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic untuk mengikat kedudukan pada 15 minit pertama selepas rehat.

Portugal terpaksa akur dengan keputusan seri 22, dengan Ronaldo kekal kurang tujuh gol dari rekod dunia gol antarabang­sa milik Ali Daei dari Iran (109 gol antarabang­sa).

Beliau ada menjaringk­an gol pada minit ke-93 tetapi tanpa panel video bantuan pengadil (VAR) atau teknologi garisan gol diguna pakai pada kempen kelayakan ini, pengadil membuat keputusan bahawa pemain pertahanan Serbia, Stefan Mitrovic, sempat mengeluark­an bola dari garisan gol.

Menambah lagi kekecewaan, Ronaldo dilayangka­n kad kuning kerana membantah keputusan itu.

Permainan bermula memberangs­angkan buat Portugal dengan dua tandukan Jota dalam separuh masa pertama meletakkan Portugal kelihatan selesa di hadapan.

Namun Portugal gagal menyaingi rentak pasukan tuan rumah selepas Mitrovic dimasukkan dan gagal mempertaha­nkan pendahulua­n mereka dalam tempoh yang singkat.

Keputusan seri ini meletakkan Serbia dan Portugal dengan empat mata tetapi Serbia di tangga teratas dengan perbezaan gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Belgrade.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Belgrade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia