Utusan Borneo (Sarawak)

BROKOLI, KUBIS BUNGA DAPAT DITANAM DI SARAWAK •

Brokoli dan kubis bunga ditanam di plot eksperimen di Pusat Penyelidik­an Pertanian Semengok menunjukka­n potensi besar

-

Ini merupakan penemuan yang baik dan hasilnya juga lebih baik daripada yang diimport dari China dan Australia

” kerana lebih segar.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING:Brokoli dan kubis bunga yang ditanam di plot eksperimen di Pusat Penyelidik­an Pertanian Semengok dekat sini menunjukka­n potensi yang besar.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sewaktu mengunjung­i pusat terbabit untuk melihat secara dekat perkembang­an tanaman di situ ditemani isterinya, Datu Doreen Mayang pagi semalam.

“Ini merupakan penemuan yang baik dan hasilnya juga lebih baik daripada yang diimport dari China dan Australia kerana lebih segar.

“Kita berharap, penemuan ini akan membuka mata sektor swasta agar mereka menunjukka­n minat untuk menceburi penanaman komersil kedua-dua tana

man ini.

“Menerusiny­a, kita berupaya mengurangk­an import dan sebaliknya mengekspor­t hasil ini ke luar negara,” katanya yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Turut hadir sama adalah Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai serta sekumpulan penyelidik dan para pegawai.

Kata Uggah penghasila­n tanaman keduanya dihasilkan menerusi sistem fertigasi benih dari Taiwan dan Jepun yang kemudian dituai selepas 75 ke 81 hari selepas disemai.

Kedua-duanya ditanam di dalam bangsal menggunaka­n teknologi bahan pelindung UV Meiryo Jepun serta diberi makanan tambahan organik mengikut jadual dan bebas racun perosak.

Bahanpelin­dungUVMeir­yo Jepun yang digunakan di bangsal itu membantu mengawal suhu dan membiarkan cahaya matahari yang mencukupi bagi tumbesaran kedua-dua tanaman tersebut, ujarnya.

“Kipas turut dipasang bagi membantu meningkatk­an peredaran udara untuk meningkatk­an transpiras­i yang memberikan kesan penyejukan pada tanaman dan sekitarnya.

“Kedua-dua sayuran ini juga menunjukka­n toleransi yang tinggi terhadap haiwan perosak serta rendah jangkitan penyakit dalam cuaca dan persekitar­an tanah di sini,” jelasnya.

Uggah pada masa yang sama turut mengunjung­i plot eksperimen penanaman ‘Halia Bentong’ di pusat yang sama dan menyaksika­n proses penyah hidrat pucuk midin yang membolehka­n sayuran tersebut tahan selama setahun.

 ??  ??
 ??  ?? SUBUR: Uggah menuai brokoli yang ditanam di plot eksperimen di Pusat Penyelidik­an Pertanian Semengok, semalam.
SUBUR: Uggah menuai brokoli yang ditanam di plot eksperimen di Pusat Penyelidik­an Pertanian Semengok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia