Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK REKOD 426 KES POSITIF BAHARU COVID-19, DUA KEMATIAN

-

KUCHING: Sarawak semalam merekodkan 426 kes positif baharu COVID-19, kes harian tertinggi setakat ini dengan dua kematian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, 45 peratus iaitu 191 daripada 426 kes baharu COVID19 dilaporkan di Sarawak semalam dikesan daripada operasi penutupan dan pemeriksaa­n dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Semuja.

“Hari ini terdapat 426 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah daerah Serian (203), Bintulu (72), Kuching (41), Sibu (31), Miri (21), Samarahan (13), Julau (11), Song (8), Kapit (enam), Pakan (tiga),

Sarikei (tiga), Sebauh (tiga), Sri Aman (tiga), Kanowit (dua), Meradong (dua), Betong (satu), Limbang (satu), Mukah (satu) dan Selangau (satu). Ini menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 15,869 kes.

“Hari ini juga menunjukka­n jumlah kes tertinggi iaitu 426 kes positif yang dilaporkan (setakat ini) dan daripada 426 kes tersebut, 203 kes adalah di Serian di mana 191 kes dikesan daripada operasi penutupan dan pemeriksaa­n yang dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Semuja,” katanya pada sidang media mengenai perkembang­an kes COVID-19 di Sarawak di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai kes membabitka­n Depot Tahanan Imigresen

Semuja, Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 740 individu telah disaring kali kedua.

Beliau berkata daripada 740 individu terbabit 462 adalah Orang Kena Tahan (OKT), 82 kakitangan imigresen dan 196 kontak rapat.

Tambahnya daripada 740 tersebut, 462 didapati positif manakala 82 kakitangan imigresen, 194 kontak rapat, negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal.

“Sehingga kini, Depot Tahanan Imigresen Semuja telah menahan seramai 462 OKT dan telah dikuaranti­n dan disaring, di mana 433 orang didapati positif (94 peratus).

“Kes ini telah membuktika­n bahawa virus COVID-19 ini semakin menular apabila penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan. Inilah yang berlaku di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

“OKT yang duduk seramai 75 orang sebilik, penjarakan fizikal tidak diamalkan. Di sinilah virus ini senang merebak. Oleh sebab itu, 452 OKT atau 94 peratus didapati positif COVID-19,” ujarnya.

Uggah berkata dari awal JPBNS telah memberi nasihat kepada rakyat agar tidak berkumpul beramai-ramai di mana penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan.

Begitu juga, ujarnya prosedur operasi standard (SOP) telah ditentukan untuk aktiviti sosial di mana jumlah tetamu yang berkumpul dihadkan supaya penjarakan fizikal dapat diamalkan.

“Terima kasih kepada orang ramai yang telah mematuhi SOP ini. Malangnya, ada segelintir rakyat Sarawak yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Oleh itu, sejak Januari 2021, kita telah menyaksika­n peningkata­n kes positif COVID-19 di Sarawak adalah disebabkan aktiviti sosial termasuk upacara pengebumia­n dan majlis perjumpaan keluarga serta gotong-royong.

“Sekali lagi saya ingin menasihati orang ramai supaya terus kekal mengamalka­n SOP yang telah ditetapkan agar kita dapat mengekang penularan wabak COVID19,” katanya.

Beliau berkata, semalam 205 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj pada iaitu dari Hospital Sibu (53), Hospital Miri (32), Hospital Sarikei (30), Hospital Bintulu (29), Hospital Umum Sarawak (27), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (14), PKRC Betong (tujuh), PKRC di bawah Hospital Kapit (enam), PKRC Serian (enam) dan PKRC Mukah (satu).

Ini jelasnya menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam, seramai 12,834 orang atau 80.87 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

Manakala, 430 orang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal, katanya.

Mengenai dua kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sarawak semalam, Uggah berkata kes ke-102 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan masalah kesukaran bernafas.

Saringan ujian rT-PCR yang telah dibuat dan dikesan positif pada 2 Mac 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2021. Kes mempunyai komorbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan dislipidem­ia, katanya.

“Kes kematian ke-103 juga melibatkan seorang lelaki rakyat negeri ini berumur 63 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan masalah kesukaran bernafas.

“Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat dan dikesan positif pada 19 Mac 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2021.

“Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia