Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan AS tuntut penamat keganasan anti-Asia

-

NEW YORK: Beratus-ratus orang penunjuk perasaan berkumpul di daerah Queens di New York kelmarin bagi menuntut satu penamat kepada keganasan anti-Asia, sebahagian dari satu hari bertindak negara selepas kejadian tembakan maut beramai-ramai di beberapa buah spa milik orang Asia di Atlanta.

Pihak penganjur mengadakan rali-rali di kira-kira 60 bandar AS termasuk bandar Georgia di samping San Francisco, Los Angeles, Chicago, Detroit dan Portland.

“Kita sudah setahun berada dalam pandemik ini dan keganasan anti-Asia telah menjadi semakin berleluasa,” kata Judi Chang, seorang wakil bagi pakatan antiperang, antirasism­e ANSWER yang menganjurk­an tunjuk perasaan.

Seperti kebanyakan penganjur, Chang mengaitkan peningkata­n dalam sentimen anti-Asia dengan retorik politik yang menganggap China sebagai satu ancaman.

“Semua orang yang saya kenali yang merupakan rakyat Asia telah menjadi mangsa keganasan atau kekerasan, gangguan,” beliau memberitah­u AFP di New York. "Kami telah diludahi, kami telah dimarahi. Kami sering kali dijeling, orang akan menjauhi apabila kami muncul.”

Serangan senjata pada 16 Mac menyebabka­n lapan terkorban, termasuk enam wanita yang berasal dari Asia, mencetuska­n amaran dan kesedihan di seluruh negara bersama dengan ketakutan bagi satu peningkata­n untuk jenayah kebencian di era pandemik.

"Stop Demonizing China and Chinese People!" yang tertulis pada beberapa papan tanda yang dibawa oleh penunjuk perasaan di Atlanta, ketika yang lain mempunyai mesej seperti "Say No to AntiAsian Racist Terror!"

"I'm not a virus, I'm not the enemy, I'm ChineseAme­rican

and I love who I am," tertulis pada kain rentang dibawa oleh penunjuk perasaan lain yang berarak bersama dengan kira-kira 100 orang lagi di daerah Chinatown di Washington.

Irving Lee, seorang penunjuk perasaan di Queens, menyatakan “keganasan antiAsia yang telah berlaku di negaranya” sebagai satu “kesan dari polisi asing AS.”

Ketika penyebaran COVID-19 mula melanda Amerika Syarikat pada awal 2020 beberapa orang ahli politik, termasuk presiden AS ketika itu Donald Trump, menggelar ia sebagai virus 'Wuhan' atau 'China', yang menurut Lee telah mempunyai kesan yang menjejaska­n kepada komuniti Asia.

“Saya telah melihat ramai orang yang telah terjejas,” beliau memberitah­u AFP.

“Mereka takut untuk keluar kerana satu kesan bagi keganasan yang telah berlaku.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DENGAR SUARA KAMI: Ahli dan kumpulan penyokong dari komuniti Asian-American menyertai protes besar-besaran menentang keganasan anti-Asian di Queens, New York, AS.
— Gambar AFP DENGAR SUARA KAMI: Ahli dan kumpulan penyokong dari komuniti Asian-American menyertai protes besar-besaran menentang keganasan anti-Asian di Queens, New York, AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia