Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang Afghan tuduh polis Perancis menghalau mereka

-

ROM: Para pendatang Afghan menuduh pihak polis Perancis kelmarin sebagai menghalau mereka kembali merentasi sempadan dengan Itali dengan cara melepaskan tembakan ke udara, menurut satu laporan media, sementara pihak tentera sukarela Perancis menafikan tuduhan tersebut.

Seorang pendakwa raya Turin yang menguruska­n kes perlindung­an kanakkanak telah diminta untuk menyiasat perkara tersebut selepas seorang budak perempuan Afghan berusia 11 tahun telah dimasukkan ke hospital dalam satu keadaan terkejut, lapor agensi berita Ansa.

Ibunya memberitah­u pekerja Palang Merah bahawa pada 25 Mac, beliau dan suaminya serta anak perempuan mereka telah meninggalk­an penempatan sementara berhampira­n dengan sempadan Perancis dan sedang berjalan di satu laluan ketika pihak polis Perancis muncul.

“Mereka menghampir­i kami dan menjerit kepada kami agar berhenti. Dan saya telah mendengar bunyi tembakan.”

Budak perempuan tersebut menerima rawatan di sebuah hospital Turin dan dibenarkan keluar, sumber perubatan memberitah­u Ansa, namun ibunya menyatakan bunyi tembakan telah menimbulka­n kenangan bagi satu letupan bom Afghan yang telah mencederak­an budak perempuan tersebut ketika beliau berusia tujuh tahun.

Beberapa pegawai tempatan dengan polis bantuan separa tentera Peran cis memberitah­u AFP tiada tembakan yang telah dilepaskan dan bahawa “khabar angin” menyasarka­n beberapa ejen yang ditugaskan dengan sebuah unit antipendat­ang.

“Semua pengesahan telah dilakukan, senjata dan peluru telah diperiksa oleh polis sempadan dan tiada apaapa yang dapat menyokong tuduhan tersebut,” seorang jurucakap bagi perkhidmat­an media tentera Sirpa berkata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia