Utusan Borneo (Sarawak)

ELAKKAN PERHIMPUNA­N SOSIAL EKORAN KLUSTER MENINGKAT

-

MIRI: Orang ramai digesa mematuhi nasihat yang diberikan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan tidak mengadakan perhimpuna­n sosial termasuk pertemuan keluarga untuk mencegah jangkitan wabak COVID-19.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, kerjasama berterusan daripada orang ramai adalah penting untuk memutuskan jangkitan wabak tersebut terutama melalui pertemuan sosial.

“Terdapat dua kluster masyarakat yang dilaporkan di Miri baru-baru ini adalah disebabkan pertemuan sosial keluarga.

“JPBNS pada hari Sabtu pula melaporkan satu lagi kluster masyarakat terbaharu kerana adanya pertemuan sosial di Miri iaitu ‘Kluster Jalan Gridbid’,” katanya kepada media ketika ditemui semasa Kempen Derma Darah yang dianjurkan Miri Life Care Society di premis Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri di sini, kelmarin.

Menurut laporan oleh JPBNS, ‘Kluster Jalan Gridbid’ adalah kelompok masyarakat (pertemuan sekumpulan ahli keluarga dan saudara) yang dikesan di Jalan Datuk Gridbid di Lutong.

Kes indeks ini adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 71 tahun yang diperiksa kerana mengalami gejala pada 16 Mac di Hospital Miri.

Beliau yang menguruska­n ladang kelapa sawit di Ulu Teru, Tinjar daerah Baram, mengalami demam dan batuk sejak 10 Mac.

Beliau telah menziarahi anaknya di Miri dan menghadiri majlis miring pada 5 Mac di Kampung Pasir di sini.

Sehubungan itu, Lee yang juga menteri yang bertanggun­gjawab terhadap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri terus mengingatk­an orang ramai agar menahan diri dan tidak melakukan perjumpaan sosial dengan ahli keluarga mereka.

“Anda harus menahan diri daripada mengadakan perjumpaan sosial bahkan di antara keluarga kita sendiri dan juga dengan saudaramar­a yang datang dari tempat yang berbeza kerana wabak COVID-19 masih ada.

“Kita mesti berjaga-jaga kerana tiga kluster yang dilaporkan di Miri telah menunjukka­n dengan jelas ia adalah hasil perjumpaan sosial keluarga,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatk­an tentang perlunya mematuhi SOP yang ketat di tempat kerja.

Ini kerana katanya, Kluster Jalan Merpati yang dilaporkan baru-baru ini di Miri berlaku di tempat kerja.

Terdahulu Lee telah mengucapka­n terima kasih kepada Miri Life Care Society atas sokongan mereka dalam menganjurk­an kempen berkenaan.

Beliau memberitah­u, pusat derma darah itu ditubuhkan di PBSM Cabang Miri sejak wabak COVID-19 melanda negara tahun lalu.

Sehingga kini katanya, seramai 4,204 orang yang mendaftar ke pusat itu untuk menderma darah.

Oleh itu, beliau mengalualu­kan lebih banyak orang di Miri tampil dan menderma darah mereka dengan pusat tersebut bagi memastikan bekalan darah berterusan di Bank Darah Miri di Hospital Miri.

Turut hadir Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengambila­n Darah Daerah PBSM Miri Karambir Sing dan Ketua Miri Life Care Society Wong Lung Hing.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Lee (empat kanan) memberikan sijil penghargaa­n kepada penderma, sementara (dari dua kanan) Dr Wong, Wong dan Karambir (dua kiri) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus kepada mereka yang menjayakan kempen tersebut kelmarin.
PENGHARGAA­N: Lee (empat kanan) memberikan sijil penghargaa­n kepada penderma, sementara (dari dua kanan) Dr Wong, Wong dan Karambir (dua kiri) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus kepada mereka yang menjayakan kempen tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia