Utusan Borneo (Sarawak)

SEBANYAK 96 PASUKAN BAKAL BERENTAP

Kejohanan E-Sukan Piala ADUN Muara Tuang julung kali bakal disertai seramai 416 peserta golongan muda

- Oleh Rusnan Mustafa

Ini merupakan landasan mengetenga­hkan e-Sukan kepada golongan belia di kawasan Samarahan ini sekali gus boleh ditengahka­h menjadi

” pemain profesiona­l.

Idris Buang

ADUN Muara Tuang Datuk

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 96 pasukan melibatkan 416 peserta menyertai Kejohanan E-Sukan Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang bermula semalam.

Kejohanan itu melibatkan dua kategori iaitu Mobile Legends disertai 32 pasukan dan PUBG membabitka­n 64 pasukan menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM5,000, piala, medal dan sijil.

Idris ketika ditemui berkata, penganjura­n kejohanan itu bagi mencungkil bakat-bakat baharu khususnya anak-anak muda di DUN Muara Tuang dalam bidang e-Sukan.

“Ini merupakan landasan mengetenga­hkan e-Sukan kepada golongan belia di kawasan Samarahan ini sekali gus boleh ditengahka­h menjadi pemain profesiona­l,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Anak-anak Samarahan Datuk Rahman Lariwoo berkata kejohanan tersebut merupakan anjuran kelab itu dan disokong Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) bersama Serba Dinamik.

“Kejohanan ini melibatkan sebanyak 64 pasukan untuk kategori PUBG dan 32 pasukan kategori Mobile Legends dan jumlah keseluruha­n sebanyak 96 pasukan membabitka­n 416 peserta mendaftar.

“SESA menyumbang sejumlah RM1,000 untuk hadiah kejohanan ini dan menjadikan jumlah keseluruha­n hadiah sejumlah RM5,000 untuk direbut oleh pesertapes­erta,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u kejohanan itu merupakan antara perancanga­n kelab tersebut dalam usaha memajukan belia khusus di Bahagian Samarahan.

“Kita merancang tiga program untuk belia di kawasan ini, pertama e-Sukan menerusi penganjura­n kejohanan ini.

“Kedua kita rancang menganjurk­an Program Sosial Media di Sadong Jaya dan Program Jelajah Samarahan Berbasikal dari Samarahan, Sebuyau dan Simunjan,” katanya.

Justeru, beliau berharap kelab tersebut mendapat sokongan daripada wakil rakyat di Bahagian Samarahan bagi menjayakan programpro­gram dirancang itu.

Mengenai kejohanan itu, Rahman berkata ia dilaksanak­an dua kaedah iaitu dalam talian peringkat kumpulan (29 Mac hingga 1 April) dan luar talian di D-Virtual Park Kota Samarahan bagi pusingan akhir (10 dan 11 April).

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak menyokong menjayakan kejohanan ini termasuk peserta yang berdaftar menyertai kejohanan ini,” jelasnya.

Hadir sama Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi, Pengerusi Penganjur Kejohanan Gulbudin Hekmateyer Rahman, Pengurus Kumpulan Serba Dinamik, Muliawadi Imran dan tetamu lain.

 ??  ??
 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Idris ditemui pemberita pada Kejohanan E-Sukan Piala ADUN Muara Tuang semalam.
CUNGKIL BAKAT: Idris ditemui pemberita pada Kejohanan E-Sukan Piala ADUN Muara Tuang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia