Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan tidak bekerjasam­a dengan PN pilihan UMNO

Ia juga adalah hak politik UMNO untuk menentukan hala tuju politik mereka dalam menghadapi PRU15: Ronald

-

Bagi BERSATU, usaha untuk memperkuku­hkan ekonomi negara dan menangani pandemik COVID-19 akan terus menjadi keutamaan demi memelihara kesejahter­aan dan kebajikan rakyat secara keseluruha­nnya.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Naib Presiden BERSATU

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatka­n keputusan UMNO untuk tidak bekerjasam­a dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah pilihan mereka dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh BERSATU untuk membimbing keputusan itu.

Beliau berkata keputusan itu juga adalah hak politik UMNO untuk menentukan hala tuju politik mereka dalam menghadapi PRU Ke15 (PRU15).

“Bagi BERSATU, usaha untuk memperkuku­hkan ekonomi negara dan menangani pandemik COVID-19 akan terus menjadi keutamaan demi memelihara kesejahter­aan dan kebajikan

rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan dasar Perhimpuna­n

Agung UMNO 2020 di Kuala Lumpur semalam menyatakan keputusan UMNO tidak bekerjasam­a dengan BERSATU pada PRU akan datang adalah muktamad.

Ronald berkata Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) pada September tahun lalu telah membuktika­n bahawa rakyat kini matang untuk menilai gabungan parti yang mampu menjanjika­n ‘new deal’ atau tawaran baharu bagi mereka.

Jelas beliau, di Sabah, kekuatan tradisi melalui kerusi-kerusi tradisi bukan satusatuny­a faktor pertimbang­an bagi rakyat untuk menilai gabungan parti yang akan diangkat sebagai kerajaan.

“Toleransi politik yang berlaku dalam kalangan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hingga berjaya menumpaska­n Parti WARISAN boleh dijadikan ikhtibar oleh semua.

“Nyatanya musuh politik UMNO bukan BERSATU tetapi Pakatan Harapan. Peliknya BERSATU dijadikan ‘punching bag’ UMNO dalam PAU 2020,” katanya.

Selaras dengan pendirian BERSATU dalam kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin yang prihatin rakyat, Ronald menyaranka­n ahli BERSATU terus bekerja keras dan merasai denyut nadi rakyat dengan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin khususnya memastikan setiap program kerajaan antaranya melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihtain Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dimanfaatk­an oleh rakyat.

“Rakyat kini bosan dengan politik dan mahukan kerajaan membantu mereka ketika pandemik COVID-19 ini,” katanyasam­bilmenegas­kanbahawa usaha menjatuhka­n kerajaan PN ketika ini sudah tentu bukan keutamaan rakyat.

Ronald berkata kesiapsiag­aan ahli dan jentera BERSATU untuk PRU15 akan terus ditingkatk­an menerusi pelbagai program telah dan akan dilaksanak­an.

Justeru katanya, BERSATU yakin rakyat sentiasa bijak dalam menentukan hak politik mereka.

 ??  ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia