Utusan Borneo (Sarawak)

Jurujual terlibat judi dalam talian didenda RM10,000

-

KUCHING: Padah terlibat judi dalam talian, seorang jurujual lelaki didenda RM10,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Zaiton Anuar setelah tertuduh, Jeremy Law Kung Seng, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Lelaki beralamat di Batu Kawa itu didakwa mengendali­kan mesin perjudian dalam talian iaitu sebuah telefon pintar pada 27 Januari lalu, jam 3 petang di sebuah kedai runcit terletak di RPR Batu 12, Jalan Kuching-Serian, di sini.

Hasil pemeriksaa­n mendapati telefon pintar yang digunakan tertuduh mempunyai kios judi dalam talian.

Selain telefon pintar, turut dirampas adalah wang tunai RM160.

Sehubungan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki bekerja sendiri didenda RM3,900 atau tujuh bulan penjara sekiranya gagal membayar denda kerana melakukan kesalahan memiliki 0.46 gram Methamphet­amine.

Tertuduh, Muhamad Faizal Musrizal, 32, mengaku bersalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berdasarka­n pertuduhan, lelaki berasal dari Asajaya itu didakwa memiliki dadah berkenaan pada 18 Januari lalu, jam 11.20 pagi, semasa berada di tempat letak kereta di hadapan sebuah kedai di Jalan Setia Raja, di sini.

Semasa tangkapan dibuat, pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar yang berisi empat keratan tiub straw mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi keduadua kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia